Friday, August 1, 2014

WANITA TURKI MENGEJEK TIMBALAN PERDANA MENTERINYA DENGAN ... "KAHKAHA"



Dikatakan wanita di seluruh Turki meletakkan gambar diri mereka sedang ketawa dan tersenyum di laman media sosial. Mengapa?

Ini berikutan daripada kenyataan
Timbalan Perdana Menteri Turki Bulent Arinc bahawa "Wanita tidak sepatutnya ketawa di khalayak ramai dalam satu ucapan mengenai "rasuah moral" di Turki.

Kenyataan beliau telah mendorong tindak balas yang memeranjatkan daripada wanita di media sosial di Turki, dengan beribu-ribu menghantar gambar diri mereka ketawa dan tersenyum di Twitter dan Instagram. Terdapat lebih daripada 300,000 tweets menggunakan istilah "kahkaha" - yang bermaksud "ketawa" dalam bahasa Turki dan pada hashtags "Tahan Ketawa" (#direnkahkaha) dan "Tahan Wanita" (#direnkadin).

Sebaliknya ramai pula yang mencadangkan kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada isu-isu seperti rogol, keganasan rumah tangga dan perkahwinan kanak-kanak perempuan pada usia muda dan bukan perempuan ketawa di khalayak ramai.

Bagi penulis dan pengulas politik ECE Temelkuran, ia adalah satu kenyataan yang amat keterlaluan dan konservatif. Beliau yang mempunyai hampir satu juta pengikut di Twitter telah menggalakkan wanita lain untuk melakukan perkara yang sama.

Begitu juga yang terjadi di Instagram. Seorang gadis, Hazal Naz Beslyici, 23 tahun telah meletakkan gambar dirinya dengan senyuman yang sangat lebar dengan komen, "Saya bebas dan sama ada saya ketawa atau tidak adalah keputusan saya,"

Kaum lelaki di Turki juga telah menyertai dalam kritikan Timbalan Perdana Menteri. Di antaranya telah menulis "Jika wanita tidak boleh ketawa di khalayak ramai, maka manusia tidak perlu menangis di khalayak ramai," kerana merujuk kepada perbuatan Timbalan Perdana Menteri itu yang telah menangis apabila mendengar ucapan-ucapan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Walaubagaimanapun, seorang lelaki telah tweet telah menulis yang Arinc telah hanya cuba untuk menegakkan "nilai-nilai moral" yang membentuk "sebahagian daripada budaya Turki". 

No comments:

Post a Comment