Christine Lee kongsi kesukaran ketika alam persekolahan, kepayahan memasuki dunia pekerjaan... BH
Mungkin bukan semua orang memandang rendah OKU dan masih ada juga
majikan atau syarikat swasta yang menerima menerima mereka bekerja.
Sebilangan OKU juga mampu mempamerkan keupayaannya setanding insan
normal.
Cuma, apabila insan OKU ini tidak diberi tempat sewajarnya dalam
masyarakat, mereka juga akan cepat sensitif dan berasa terpinggir.
Pengalaman dan liku-liku inilah, pernah dilalui ejen pelaburan saham,
Christine Lee atau nama sebenarnya Lee Soon Kup yang perlu berkerusi
roda ke sana sini, sepanjang hayatnya.
Tidak sekolah setahun
Christine pernah tidak ke sekolah selama setahun, gara-gara permohonan memasuki Tahun Satu sekolah kebangsaan jenis cina (SKJC) ketika itu ditolak.
Mendiang bapanya adalah insan yang paling hampa kerana hasrat untuk memberi pendidikan sekolah Cina tidak kesampaian, semata-mata keadaan wanita itu lumpuh separuh badan.

Dinafikan hak hadiri temu duga
Aktivis dan wanita cekal itu juga berkongsi kesukarannya menggunakan pengangkutan awam hingga merangsang organisasi terbabit menyediakan akses lebih baik kepada golongan OKU.
Christine yang masih bujang, juga pernah melalui detik sukar untuk mencari pekerjaan, hanya kerana beliau OKU. Beliau berkongsi pengalamannya yang terpaksa berdepan dengan persepsi negatif majikan, malah tidak memberikan peluang untuk meneruskan sesi temu duga apabila tahu beliau adalah insan istimewa.
Bukan sekali dinafikan hak, ditolak sebelum menghadiri temu duga seakan lali kepada mereka yang senasib, namun beliau bertuah kerana temu duga kali ketiga membuahkan hasil.
Christine berkata, kegembiraan menghadiri temu duga kali pertama sekitar
tahun 1994, bagaikan direntap apabila bakal majikan mengambil keputusan
tidak mahu meneruskan sesi temu kerana beliau insan istimewa.
“Saya masih ingat lagi ketika menerima panggilan (temu duga) itu dan sangat teruja. Saya memaklumkan keadaan saya yang berkerusi roda berikutan tidak mahu mereka terkejut apabila melihat saya pada hari temu duga kelak,” katanya.

No comments:
Post a Comment