Pada 9hb Mac 2014, Malaysia dan dunia dikejutkan dengan MISTERI
kehilangan pesawat MH370 dan sehingga hari ini usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. Seluruh rakyat Malaysia
bahkan dunia mendoakan dan berharap usaha pencarian dan menyelamatkan
dapat menemukan petanda dan kejayaan yang mampu menjawab segala
persoalan selama beberapa hari ini.
Menanti sesuatu yang tidak pasti melibatkan orang tersayang tidak ubah
ibarat laut yang luas adakalanya TENANG dan adakalanya GANAS…berombak
dan menakutkan.
Tidak dapat dinafikan UJIAN dalam kehidupan adakalanya boleh
membuatkan dunia seakan terhenti sejenak. Apatah lagi bila ditimpa
dengan sesuatu yang tidak pernah termimpi atau dijangka akan
terjadi…trauma, tragedi, kemalangan, kematian, perpisahan, ditimpa
penyakit, dihantui dengan konflik serta beban kewangan, jatuh muflis,
kehilangan punca pendapatan, di fitnah, dizalimi dan banyak lagi.
Pastinya PELBAGAI persoalan yang timbul, bukan?
PERSOALAN yang sedang bermain di benak fikiran...
- Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
- Apakah fasa emosi yang akan dilalui
- Bagaimana pula CARA MENGENDALIKANNYA
- Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk membawa diri KELUAR dari FASA KRISIS yang terkesan daripada INSIDEN yang berlaku
- Bagaimana saya ingin TAHU saya telah SEMBUH
- Berapa LAMAKAH masa yang perlu saya berikan untuk membantu diri saya sembuh
Mengikut pandangan Pakar Psikologi Kaunseling (Terapi Tingkah Laku Kognitif) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), situasi yang dihadapi ahli keluarga dalam tragedi kehilangan MH370 adalah lebih teruk daripada biasa kerana
kehilangan itu tidak nyata, yakni tiada mayat atau petunjuk jelas dan
ini akan membesarkan lagi gelombang kekeliruan dalam diri mereka...
Seterusnya;
KUALA LUMPUR 1 April - Utusan Online
Tempoh 100 hari adalah jangka masa yang munasabah untuk individu kehilangan orang tersayang mencapai ketenangan.
Pakar Psikologi Kaunseling (Terapi Tingkah Laku Kognitif) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Huzili Hussin berkata, tempoh tersebut adalah proses pemulihan yang diperlukan untuk meredakan ketegangan psikologi oleh ahli keluarga yang baru kehilangan insan tersayang.Menurutnya, dalam konteks kehilangan orang tersayang yang dialami ahli keluarga anak kapal dan penumpang MH370, mereka berhadapan situasi sukar yang dikenali sebagai grief atau dalam erti kata lain situasi kehilangan orang tersayang dalam kehidupan.Tambahnya, mereka akan menghasilkan reaksi-reaksi tertentu yang menggambarkan kehilangan iaitu perasaan, fizikal, pemikiran dan tingkah laku yang mengambil tempoh masa lama untuk pulih.
"Selalunya, mereka yang berhadapan dengan situasi tersebut akan kembali tenang dan dapat menerima hakikat kehilangan dalam tempoh 15 hari yang pertama."Namun, dalam konteks MH370, situasi dihadapi ahli keluarga lebih teruk daripada biasa kerana kehilangan itu tidak nyata, yakni tiada mayat atau petunjuk jelas dan ini akan membesarkan lagi gelombang kekeliruan dalam diri mereka. Sehubungan itu, 100 hari adalah tempoh terbaik untuk mencapai tahap ketenangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Menurut Huzili, bantuan kaunselor yang dihulurkan kerajaan kepada keluarga mangsa sememangnya dapat membantu meredakan tekanan dihadapi."Bantuan tersebut penting kerana dalam proses kaunseling, tumpuan dan fokus diperlukan untuk menghurai ketidakpastian yang wujud dalam masa yang sama, kaunselor harus menggunakan bahasa betul untuk membantu menenangkan ahli keluarga," ujarnya.Sementara itu, Huzili turut mengulas masalah keluarga dari China yang melakukan tindak balas negatif terhadap insiden kehilangan pesawat tersebut."Mereka telah mengetepikan nilai spiritual yang merupakan aspek terpenting. Walaupun manifestasi agama antara kita adalah berbeza, namun sewajarnya mereka melakukan perkara yang boleh membantu mengurangkan tekanan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment