Tuesday, April 29, 2014

BETULKAH WANITA INI TERCANTIK DI DUNIA?


Kita sering menilai kecantikan seseorang hanya kerana dia berkulit putih gebu tetapi majalah PEOPLE telah menamakan Lupita Nyong'o, seorang kelahiran Mexico-Kenya sebagai wanita paling cantik bagi 2014 untuk menghiasi kulit hadapan majalah ini.

Lupita ialah pemenang Oscar mempunyai senyuman yang sempurna dan gaya untuk dipadankan,  dengan menjanjikan "cerita inspirasi" beliau yang tersendiri.

Apabila beliau diberi penghormatan pada bulan Februari lalu di Wanita Gelap di majlis makan tengahari di Hollywood, ucapannya mengenai keindahan dan khususnya mengenai kecantikan seorang berkulit gelap telah menyentuh perasaan pendengar. Katanya, dia teringat ketika dia terasa tidak cantik dan  ketika beliau diusik dan diejek kerana berkulit hitam dan bagaimana wajahnya telah sentiasa menjadi halangan.

Beliau juga telah mengambil kesempatan berkongsi cerita mengenai apa yang dimaksudkan sebagai kecantikan berkulit hitam dan gelap. Beliau telah menerima surat dari seorang gadis negro dan menulis;

"Hi Lupita, saya rasa anda sangat bertuah sebagai seorang berkulit gelap dan kejayaan di Hollywood. Saya baru saja ingin membeli krim pemutih 'Whitenicious' apabila anda telah muncul untuk selamatkan saya."

Beliau juga masih ingat bagaimana rasanya apabila dikatakan 'unbeautiful' dan apabila ternampak di kaca TV, beliau hanya dapat melihat kulit yang pucat. 

Lupita mengakhiri ucapannya dengan berharap agar kehadirannya di kaca tv dan di dalam majalah dapat menilai kecantikan luaran semula dan melihat dengan lebih dalam kecantikan dalaman. Sebenarnya di antara dua ini, tiada beza warnanya. 

Di dalam sejarah kosmetik Perancis, Lancome, Lupita adalah pemenang Academy Award ke empat selepas Kate Winslet, Julia Roberts dan Penelope Cruz yang pernah dilantik sebagai duta kosmetik ini dan kecantikan kulit Kenya dipilih sebagai duta berkulit hitam pertama Lancome.

Menurut  Pengurus Besar Lancome International, pemilihan Lupita adalah kerana beliau seorang yang berbakat dan dedikasi, bangga dengan kecantikannya sebagai seorang berkulit hitam, dan telah menunjukkan sikap ingin tahu dan berfikiran terbuka dalam pemilihan kariernya.

Oleh itu, tidak kira samada kita berkulit putih gebu atau berkulit hitam gelap, namaun kecantikan akan lebih terserlah dengan peribadi dan tingkah laku yang elok. Inilah yang sebenarnya dibuktikan oleh Lupita.


No comments:

Post a Comment