Wednesday, April 9, 2014

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014... TAHUN PESTA LIAR?

Tidak sangka Tahun Melawat Malaysia 2014 adalah Tahun Berpesta di kolam dan pantai ala-ala...

Mula-mula poster ... Pool Party di Johor;


Kini telah keluar arahan dibatalkan oleh kerajaan negeri Johor.

Terkini, Topless Beach Party...


Apabila poster di atas tersebar luas di Internet beberapa hari lalu, pihak DBKL dan Menteri WP telah mengambil tindakan membatalkan pesta tersebut. Premis pesta tersebut juga diarahkan ditutup selama seminggu.

Arahan ini adalah berdasarkan penganjur pesta tersebut, Nihonkan Sdn Bhd, tidak membuat sebarang permohonan dan mempamerkan poster iklan pesta tanpa kebenaran. Pihak DBKL juga telah keluarkan kenyataan,seandainya permohonan dibuat, DBKL tidak akan meluluskan kerana tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan pihak DBKL.

Premise tersebut diarahkan tutup selama seminggu adalah bagi pihak penganjur menjawab surat tuntutan DBKL untuk tunjuk sebab mengapa lesen mereka tidak perlu dibatalkan. DBKL telah beri selama 7 hari untuk menjawab.

Namun pihak pengurusan The Pool telah menafikannya dan menegaskan yang mereka tidak pernah anjur pesta liar dan mereka tidak akan buat sedemikian di Malaysia. - theMalayMail


We have never done a topless party and we would never do something like this in Malaysia. We have always done proper legitimate parties, - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/we-did-not-organise-topless-beach-party-says-city-centre-bar#sthash.ucvOiCC9.dpuf
Sesiapa sahaja samada rakyat atau netizen dan juga pemimpin-pemimpin politik akan sependapat yang pesta di The Pool jika diadakan nanti bakal bertukar menjadi sebuat pesta liar apabila terang-terangan tema pesta ini ialah 'TOPLESS'.

Kerajaan Malaysia bertindak bukan hanya kerana mengambilkira sensitivi umat Islam dan budaya timur amalan kita, tetapi seperti yang dijelaskan di atas, pihak penganjur telah sengaja mengadakan pesta ini tanpa mendapat kelulusan DBKL dan ini jelas menunjukkan ia adalah satu perhimpunan haram.


Jika benar seperti yang dilapor akhbar dan portal berita, ini bermakna pihak penganjur memang berniat untuk melanggar undang-undang dan sepatutnya diambil tindakan oleh pihak DBKL menggantung lesen perniagaan mereka dan tempat tersebut disita.

Walaubagaimanapun, timbul satu persoalan di sini di mana secara tiba-tiba beberapa siri pesta liar didedahkan dan kebetulan pada tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia 2014. Mungkin ada pihak yang ingin ambil kesempatan dengan peruntukan-peruntukan yang disediakan pihak Kementerian.

Cuba kita juga soal selidik pihak Kementerian Pelancongan samada mereka mempunyai senarai pesta-pesta yang telah mereka luluskan.

Diharap tiadalah pesta-pesta liar ini didalam senarai mereka cuma diharap pihak Kementerian Pelancongan juga memantau pesta-pesta yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar... BOLEH?

 

No comments:

Post a Comment