Harakah Daily dengan slogan "Tepat dari Sumber" dan juga merupakan lidah rasmi PAS, nampaknya dengan sengaja memperlihat perbuatan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Syed Saifullah’ sebagai sesuatu yang tidak serius dan bahan lawak jenaka apabila berita penangkapan Syed Saifullah diberi tajuk "Pemuda persenda Rosmah ditahan polis".
Yang sebenarnya tajuk pada isi kandungan berita laporan Bernama adalah, "Pemilik Akaun Facebook 'Syed Saifullah' Ditahan Tengah Malam Tadi - Polis".
Di mana etika Harakah Daily sebagai portal berita PAS atau sememangnya lidah rasmi PAS ini memang tiada etika?
Walaupun kandungan teks telah di'copy paste' dari sumber berita Bernama, apa perlu Harakah Daily menukar tajuknya?
Jika dilihat pada gambar yang telah dibuat oleh Syed Saifullah, apakah kita sebagai seorang islam boleh menganggap ia sebagai sesuatu bertujuan persendaan?
Maka tidak hairanlah, jika adik Syed ini tidak rasa bersalah malahan bangga dengan perbuatannya kerana Pengarang Harakah Daily yang pastinya seorang Islam juga tidak menunjukkan kekesalan ataupun simpati dengan DS Rosmah, malahan ia sebagai satu bahan senda gurau. Apakah ini yang diajar PAS terhadap anak-anak muda penyokong ideologi politik mereka?
Walaubagaimanapun, DS Rosmah telah menunjukkan sikap seorang Islam yang mulia apabila beliau telah memaafkan Syed Saifullah;
Diharap agar pihak Harakah Daily melaporkan perkara yang sebenar seperti slogan mereka dan sepatutnya merasa malu dengan perbuatan mereka yang tidak langsung melambangkan sebuah lidah rasmi parti politik yang melaungkan perjuangan Islam.
No comments:
Post a Comment