Wednesday, April 9, 2014

CICIT RATU ELIZABETH KINI TUMPUAN RAKYAT



Walaupun masih bayi berusia 8 bulan, Putera George telah dibawa bersama bonda dan ayahandanya, Kate Middleton dan Putera William membuat lawatan ke New Zealand.

Si comel ini ialah cucu pertama kepada Putera Charles dan mendiang Puteri Diana dan cicit pertama Ratu Elizabeth.

Putera George telah berjaya menarik perhatian para wartawan dan jurugambar dengan pelbagai aksi, antaranya;





Kerabat Di Raja England terkenal dengan privasi hidup mereka tetapi hari ini, tradisi privasi telah lebih terbuka bermula dengan mendiang Puteri Diana yang berani mendedahkan kehidupan anak-anak mereka kepada rakyat dan dunia luar. Puteri Diana pernah membawa Putera William ketika umurnya 9 bulan ke Australia dan New Zealand pada tahun 1983 manakala kehidupan anak-anak Ratu Elizabeth ternyata terlalu peribadi untuk istana dan ketika Ratu E membuat lawatan ke luar negara pernah meninggalkan anak-anaknya selama lebih 6 bulan.

Kini, William dan Kate menjejaki mendiang bondanya dengan memastikan mereka hanya akan berenggang dengan puteranya untuk beberapa malam ketika rombongan sekeluarga yang pertama ke luar negara.


No comments:

Post a Comment