Wednesday, April 9, 2014

MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS


Sebuah buku yang perlu dimilikki oleh setiap pasangan yang sedang berkasih sayang ataupun wanita dan lelaki yang ingin mengenali bakal pasangan hidup mereka dan tidak ketinggalan pasangan yang ingin memantapkan lagi hubungan kasih sayang di antara mereka.
 
Buku ini sangat popular di luar negara, ditulis oleh John Gray seorang perunding rumahtangga dan pakar motivasi. Buku ini adalah mengenai cara-cara unik, praktikal dan terbukti untuk wanita dan lelaki berkomunikasi dan cara-cara mengenali perbezaan antara mereka.

Ia dimulakan dengan;

Pada suatu hari seorang lelaki yang berasal dari planet Mars dan wanita dari Venus telah bertemua dan jatuh cinta sehingga menjalin hubungan mesra kerana mereka menghormati perbezaan masing-masing.  Kemudian mereka ke bumi dan terlupa yang mereka datang dari planet yang berbeza...

Dengan permulaan buku ini, Gray menerangkan bagaimana perbezaan mampu di atasi antara lelaki dan wanita untuk mengeratkan perhubungan.

Dia juga berkongsi nasihat bagaimana menghindari perbezaan ini dalam cara berkomunikasi dan kehendak emosi.

Gray juga menerangkan bagaimana lelaki dan wanita bertindakbalas dengan cara yang berbeza dalam perbualan dan bagaimana perhubungan mereka boleh terjejas.

Beliau menggalakkan pembaca untuk menerima cara pasangan kita menunjukkan kasih sayang, dan membantu lelaki dan wanita pelajari bagaimana memenuhi kehendak emosi pasangan kita.

“Men Are from Mars, Women Are from Venus” adalah sebuah buku yang sangat bermanfaat untuk panduan bagi pasangan yang ingin memperbaiki dan memantapkan lagi hubungan mereka.

Di antara kata-kata di dalam buku ini, adalah seperti berikut;

“When a man can listen to a woman's feelings without getting angry and frustrated, he gives her a wonderful gift.

He makes it safe for her to express herself.

The more she is able to express herself, the more she feels heard and understood, and the more she is able to give a man the loving trust, acceptance, appreciation, admiration, approval, and encouragement that he needs.” 


No comments:

Post a Comment