Pertemuan anggota Malbatt wanita dengan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkiefli Mohd |
Demi tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, sekumpulan 7 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wanita akan
berangkat ke Lubnan untuk menyertai pasukan pengaman MALBATT 4.
Suami dan anak terpaksa berjauhan, namun alasan sekiranya berjauhan dengan keluarga untuk menolak tawaran
bertugas tidak pernah ada di dalam semangat 7 anggota tentera wanita
ini dan mereka melihat tugasan ini bakal menguji kesabaran serta semangat mereka
sebagai tentera. Malahan sokongan dari para suami pula telah menambah
semangat mereka untuk menabur bakti di Lubnan.
Lebih membanggakan lagi, kehadiran mereka di Lubnan bukan sekadar hanya untuk menyerikan suasana atau gimik semata-mata.
Tetapi kehadiran mereka di sana adalah untuk sama-sama memikul
tanggungjawab bagi melaksanakan misi dan menjulang nama baik negara. Amanah dan peranan yang diberikan kepada pegawai dan anggota wanita
itu juga berat dan memerlukan komitmen tinggi untuk mereka menjayakannya
kerana ia turut membabit imej dan nama baik negara.
Kumpulan kedua pasukan wanita ATM itu menggantikan pasukan wanita pertama yang akan menamatkan misi mereka tidak lama lagi. Mereka akan ditempatkan di UNP 2-1 Kem Marakah. Jumlah keseluruhan
wanita dalam pasukan kali ini ialah termasuk ATM ialah enam pegawai dan
11 anggota pelbagai agensi penguatkuasa termasuk dua anggota wanita
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Pembabitan Angkatan Tentera Malaysia dalam
misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
sememangnya sering dikagumi dan mendapat pujian di peringkat
antarabangsa.
Malah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon
dalam lawatannya ke negara ini baru-baru ini turut memuji Malaysia
kerana penglibatan negara ini dalam pelbagai misi pengaman serta
komitmennya untuk menyokong pelbagai inisiatif badan dunia itu.
Pembabitan ATM dalam setiap misi itu juga bukan sahaja membabitkan
lelaki. Malah pegawai dan anggota lain-lain pangkat wanita turut diberi
kepercayaan untuk sama-sama berperanan dan mengambil tanggungjawab dalam
menjayakan misi itu di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment