Di Malaysia dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalamai kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku di kalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnoskan sebagai kanser payudara.
Satu lagi program subsidi kerajaan yang mensasarkan kepadawanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 40-70 tahun.
Program Subsidi Ujian Mamogram oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara.
Mereka layak mendapat saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN
Ujian saringan mamogram ini adalah PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isirumah RM5000 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isirumah melebihi RM5000, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan.
Wanita yang tidak mempunyai sebarang gejala dan tanda pada payudara mereka digalakkan untuk menjalani ujian mamogram melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Wanita yang layak akan dirujuk ke Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar di bawah program ini.
Bagi wanita yang telah dikesan positif kanser, diharap dapat menjalani penyiasatan lanjut dan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. Wanita yang memerlukan bantuan kewangan, kaunseling dan sokongan khidmat nasihat akan diberikan oleh pelbagai agensi yang berkerjasama di bawah program ini.
Semoga Program Subsidi Ujian Mamogram dapat memberi manfaat kepada wanita dalam usaha pengesanan awal kanser payudara.
No comments:
Post a Comment