Kecantikan adalah idaman naluri setiap wanita tetapi apabila seseorang yang tidak dilahirkan dengan kecantikan malahan dianugerahkan dengan wajah dan fizikal hodoh, maka apakah nasibnya nanti?
Lizzie Velasquez adalah insan tersebut. Beliau dilahirkan dengan berat 1.2kg dan memiliki tubuh yang sangat kecil sejak lahir.
Gambar beliau pernah disebarkan di internet dan beliau pernah diberi gelaran "Wanita Paling Hodoh di Dunia". Kini di usia 23 tahun dengan ketinggian 5 kaki 2 inci beliau hanya seberat 26kg. Sindrom yang dialaminya dikatakan sangat ganjil di mana sistem badan beliau tidak dapat menampung sebarang zat dan lemak walaupun beliau mampu makan 60 kali sehari, namun berat badannya tidak mampu meningkat dan masih hidup seperti rangka berjalan.
Walaupun Lizzie sering diejek dan dipandang ngeri akibat dari sindrom yang dialaminya, beliau telah bangkit dan menyedari bahawa semua wanita seharusnya mencintai dirinya terlebih dahulu sebelum mengharap diterima orang lain.
Di dalam menjalani kekurangan diri dan pernah menjadi mangsa buli samada di alam maya dan dunia nyata, Lizzie telah menerbit dua buah buku motivasi khas untuk remaja berjudul "Be BEAUTIFUL, Be YOU" dan "Lizzie Beautiful". Beliau juga telah dijemput memberi ceramah motivasi di mana Lizzie memberi kesedaran kepada remaja agar menerima dan menghargai diri mereka sendiri.
Dengan azam untuk membantu remaja-remaja yang senasibnya, beliau telah menubuh sebuah yayasan anti-buli dan di YouTube di mana hampir 4.5 juta penonton telah melayari video tersebut;
Dua mesej yang ingin disampaikan Lizzie kepada dunia iaitu belajar menghargai kekurangan diri sendiri dahulu untuk bangkit dan berjuang dari dibuli oleh sesiapa pun.
No comments:
Post a Comment