Thursday, April 10, 2014

RUPANYA ALINA IALAH SEORANG LELAKI AFRIKA




Selalunya kita akan dengar wanita sunyi, wanita bujang, wanita keseorangan yang sedang mencari cinta di alam maya menjadi mangsa perangkap dalam sindiket cinta internet. Ianya akan melibatkan insan-insan yang lemah dan semestinya ia adalah wanita dan wanita.

Mangsa cinta internet tidak mengenal jantina, usia dan berpendidikan rendah atau tinggi kerana sesiapa saja adalah target pemangsa. Anda hanya perlu mencari "CINTA", dan itulah sebenarnya umpan pemangsa untuk mendapatkan akaun bank anda dan seterusnya simpanan anda diperolehi mereka.

Kali ini, mangsanya adalah seorang lelaki yang juga seorang kakitangan awam. Beliau telah berkongsi pengalaman dengan wartawan Sinar Harian.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya....

Plot ceritanya bermula dengan perkenalan oleh Azhar melalui e-mel dan pemangsa dikenali sebagai Alina yang kononnya tinggal di United Kingdom dan bapanya seorang rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke Malaysia untuk mencari keluarga bapanya. Untuk menyakinkan Azhar, pemangsa telah memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Azhar membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan beliau menerima persahabatan mereka.

Oleh kerana cara wanita itu berkomunikasi, Azhar mula tertarik dan akhirnya jatuh cinta setelah sebulan berhubungan melalui e-mel saja.

Akibat kemaruk bercinta, Azhar terpedaya dan akhirnya kerugian lebih RM100,000 dan paling malang apabila beliau mengetahui Alina ialah seorang lelaki Afrika.

Hati-hatilah dengan sindiket cinta Internet yang sedang berleluasa dan yang pasti bangsa Afrikalah selalunya pakar di dalam permainan ini.

Memang tidak dapat dinafikan, kita tidak ketinggalan menerima pelbagai e-mel dari mereka yang tidak kita kenali dengan pelbagai rayuan dan rintihan dari mereka. Jangan mudah percaya kerana maklumat dan kadangkala harapan yang diberi mereka semuanya tidak masuk akal.

Kita jangan buang masa untuk membaca e-mel sebegini dan tindakan yang paling bagus ialah letakkan saja e-mel ini ke dalam "TRASH" atau "SPAM" dan jauhkan dari ditipu dan akhirnya menyesal yang tidak berkesudahan.

No comments:

Post a Comment