Saturday, April 19, 2014

"WAR" SPRM BERKEMPEN DI SJK (CINA)

 
Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan, ada satu pepatah Cina yang berkata ‘pendidikan adalah asas kepada pembentukan sesebuah negara'. SPRM telah membuat kajian dari ICAC Hong Kong dan juga masyarakat Cina Malaysia. Mereka mendapati bahawa pendidikan pencegahan rasuah di sekolah adalah satu usaha yang perlu dicuba dan dimulakan di peringkat sekolah.

Setelah beberapa kali SPRM berjumpa dengan pertubuhan Cina, NGO dan orang awam, maka idea untuk melancarkan Kempen Wira Anti-Rasuah atau WAR tercetus. Kempen Wira Anti-Rasuah in sebenarnya merupakan satu langkah pencegahan di mana usaha pencegahan seharusnya dilakukan sebelum sesuatu perkara menjadi lebih serius. Sebagai contoh, banyak sekolah telah melancarkan kempen anti-dadah, ini tidak bermakna isu dadah serius di sekolah tersebut.

SPRM telah mengguna tema 'Saya adalah Wira Anti-Rasuah' dan slogan 'Jujur tidak tamak' dan 'Masyarakat lebih indah'.

Watak Wira disukai ramai terutamanya kanak-kanak kerana Wira melambangkan seseorang yang berintegriti, jujur, suka menolong, adil dan lain-lain ciri dan nilai yang positif.

Kempen Wira Anti-Rasuah telah pertama kali dilancarkan di SJK (C) Ladang Harcroft, Puchong, Selangor pada 10 Februari 2014. Pada Majlis Pelancaran Kempen Wira Anti-Rasuah tersebut, seramai 1,133 orang murid telah mengambil bahagia. Setiap murid telah mendapat sebuah beg integriti yang mengandungi mesej anti-rasuah, pensil integriti, buku kecil yang mengandungi cerita dan komik anti-rasuah. Pegawai SPRM juga telah berkongsi cerita benar kepada murid-murid, untuk menggalakkan murid-murid menjadi seorang yang jujur. 


Buku kecil Wira Anti-Rasuah pula telah digalakkan untuk pihak guru diguna sebagai alat bantuan mengajar.

Dalam buku kecil tersebut, terdapat satu muka surat yang mengandungi syarat-syarat untuk menjadi seorang Wira Anti-Rasuah, contohnya; jujur tidak meniru dalam peperiksaan, tidak makan lebih, tidak tidur lebih, suka menolong orang dan sebagainya. Murid-murid dikehendaki tandakan syarat tersebut jika berjanji boleh melakukannya dan perlu mendapatkan tandatangan daripada ibu bapa atau penjaga, secara tidak langsung , ibu bapa juga didedahkan mesej-mesej anti-rasuah. Setelah mendapat tandatangan ibu bapa atau penjaga, murid-murid perlu tunjuk kepada guru dan guru akan memberi satu ’button badge’ Wira Anti-Rasuah. Dengan itu, murid telah diiktiraf sebagai seorang Wira Anti-Rasuah.

Perlantikan Ketua Wira Anti-Rasuah yang pertama di SJK(C) Ladang Harcroft telah dijalankan pada 7 April 2014 di mana seramai 50 orang murid telah dilantik dan berikrar akan menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Wira Anti-Rasuah, sama seperti pengawas, perpustakawan yang mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Tanggungjawab Ketua Wira Anti-Rasuah adalah seperti berikut;

1. Berjanji menjadi seorang murid yang jujur, mematuhi peraturan sekolah dan rajin belajar.

2. Sentiasa berkelakuan baik di mana-mana tempat dan menjadi teladan kepada rakan-rakan di sekolah.

3. Memikirkan dan membuat program aktiviti yang sesuai dengan tema ‘Saya Adalah Wira Anti-Rasuah’.

4. Menampalkan artikel/certita yang berkaitan dengan kejujuran/integriti di papan kenyataan kelas untuk menggalakkan rakan-rakan membaca.
 
Setelah kempen ini dihebahkan di  dalam media, SPRM Bahagian Pendidikan Masyarakat telah menerima panggilan dari beberapa sekolah lain yang berminat dan
berikut adalah sekolah yang telah menetapkan tarikah untuk melancarkan Kempen Wira Anti-Rasuah.

18 April 2014 SJK(C) Pey Fong 1 Melaka
28 April 2014 SJK(C) Kuo Min Negeri Sembilan
26 Mei 2014 SJK(C) Yu Hua Selangor

Sekiranya ada pihak Sekolah Rendah Cina yang berminat boleh menghubungi 03-888867376 untuk mengadakan perbincangan.

No comments:

Post a Comment