Masalah mental adalah penyakit yang
melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan
kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang
mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.
Daripada
data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan
penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan
sehingga ke tahap skizofrenia.
Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja.
Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua. Bagi
kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah
dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami
gangguan mental.
Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.
Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis. Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata.
Antara
penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik
depresif.
Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau
neurosis. Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan
tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan
kita.
Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku
secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan
harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin
mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.
Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.
Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.
Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental.
Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan. Seseorang
yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko
tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada
sejarah penyakit berkenaan.
Terdapat kajian yang menunjukkan
kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat
penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit
tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum.
Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak
sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah
skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah
kemurungan.
Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali
neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan
berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir
dan keadaan sosioekonomi yang rendah.
Selain itu, bagi tujuan
rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan
rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti
nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan
cubaan membunuh diri.
Antara rawatan yang sering digunakan bagi
merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan
psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.
01. Rawatan
kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya
dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
02. Rawatan
psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan
sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.
Ubat-ubatan
antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala
psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan,
kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali
gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
01. Rawatan
tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara
berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan
gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis
ini.
02. Rawatan
elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat
rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak
berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang
serius.
Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman
kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes
amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang
mengalami masalah mental.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.
Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang ‘gila’.
Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental.
Peranan
masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila
setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit
mental secara umum.
Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di
peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam
penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan
masyarakat.
Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam
kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka
cenderung menghidap masalah mental. Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka.
Oleh
itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap
pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar
mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.
No comments:
Post a Comment