Sunday, April 13, 2014

GILIRAN HILLARY CLINTON PULA DIBALING KASUT

Aksi Hillary di pentas ketika dilempar kasut

Ketika menyampaikan ceramah di Mandalay Bay Hotel, Las Vegas baru-baru ini, mantan Menteri Luar Amerika, Hillary Clinton telah dilempar kasut oleh seorang wanita bernama Alison Michelle Ernst tanpa diketahui tujuan sebenar beliau melakukannya.

Wanita (berbaju biru) yang melemparkan kasut ke arah Hillary

Insiden dibaling kasut bukanlah kali pertama dialami Hillary apabila pada tahun 2012, 'raider' yang mengiringi Hillary telah dilempar dengan kasut dan buah tomato ketika membuat lawatan ke Mesir setelah Mohamed Morsi dilantik sebagai Presiden. Kasut dan botol air juga dibaling ke arah kereta delegasi Clinton di Alexandria dan mereka menjerit-jeritkan nama "Monica... Monica..." yang mengaitkan dengan wanita simpanan Bill Clinton iaitu Monica Lewinsky dan turut kedengaran , "Baliklah Clinton!"

Namun, kejadian yang dialami Hillary juga mengingatkan kita kepada dua pemimpin dunia yang pernah mengalami nasib serupa.

Pada tahun 2008, George W Bush yang ketika itu adalah Presiden Amerika telah dilemparkan dengan kasut pada Desember 2008 ketika Bush dalam lawatannya ke Iraq. Seorang rakyat Iraq bernama Muntazer al-Zaidi telah dihukum penjara selama tiga tahun.



Rakan sekutu Amerika, Tony Blair juga telah mendapat nasib yang sama. Pada program  menandatangan buku di Dublin, Blair dilempar dengan kasut dan telur oleh petunjuk perasaan anti-perang setelah Iraq diserang Amerika.

Tunjuk Perasaan oleh anti-perang menjerit ..."Berapa kanak-kank dibunuh hari ini?"

Peristiwa yang lain pula oleh seorang mahasiswa Jerman, Martin Jahnke pada Februari 2009 ke arah Perdana Menteri Cina Wen Jiabao di Universiti Cambridge, England. Terdengar juga jeritan yang menyerang Wen berkata, "Bagaimana kamu boleh dengar kata-kata tidak benar si penipu ini?

Kasut yang dilempar ke arah Wen Jiabao

Walaubagaimanapun, membaling kasut bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai satu bahan lawak, terutama kepada mereka yang ingin menunjukkan protes mereka.

Membaling kasut, mengguna kasut untuk memukul seseorang atau menghalakan tapak kasut ketika duduk bukanlah satu budaya yang boleh diterima di dalam budaya dan kehidupan manusia bertamaddun dan perbuatan itu dianggap sebagai biadap walaupun ingin menghina dan menunjukkan protes.


No comments:

Post a Comment