Friday, April 11, 2014

JAWATAN "PEKERJA AM" HANYA LAYAK UNTUK WANITA MALAYSIA?


Hari ini, kaum wanita telah menguasai di dalam bidang pendidikan dan di mana-mana universiti di negara kita, peratusan mahasiswa wanita mengatasi jauh daripada mahasiswa lelaki. Begitu juga di dalam mengisi kekosongan jawatan samada di dalam kerajaan mahupun swasta.

Namun, kebanyakan jawatan yang diisi golongan wanita hanyalah di peringkat pekerja am dan yang paling tinggi sehingga peringkat pengurus kanan. 
 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti telah mengesahkan bahawa wanita masih ketinggalan menduduki ke jawatan tertinggi atau lembaga pengarah terutama di syarikat-syarikat senarai bursa saham dan antara faktor utama ialah kekosongan jawatan yang sangat terhad. Pada 2013, hanya 8.6 peratus lembaga pengarah dalam syarikat-syarikat ini adalah wanita dan peningkatan kecil pada 7.7 peratus  berbanding tahun 2012.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri juga telah memberi perhatian serius perkara ini dan usaha bagi meningkatkan penyertaan golongan bumiputera, wanita serta golongan muda dalam kelompok pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersenarai perlu dipergiatkan. Perdana Menteri juga mahukan setiap syarikat yang tersenarai mendedahkan komposisi bumiputera, wanita serta golongan muda dalam kelompok pengurusan tertinggi syarikat dalam buku laporan tahunan masing-masing.

Mengikut kajian TalentCorp ke atas syarikat-syarikat tersenarai berhubung komposisi kelompok pengurusan tertinggi masing-masing mendapati, hanya 24 peratus adalah wanita, 18 peratus berumur 40 dan ke bawah dan hanya 34 peratus golongan bumiputera.

Malah, berdasarkan statistik 2013 itu, hanya lapan peratus ahli lembaga pengarah syarikat yang tersenarai adalah wanita. Ini tidak sama dengan sasaran negara iaitu 30 peratus menjelang 2016. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata juga telah menekankan bahawa wanita serta golongan muda dalam kelompok pengurusan tertinggi syarikat tersenarai kini menjadi keutamaan penting kerajaan.

Bagi membuat persediaan mengisi kekosongan jawatan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti melalui Program Lembaga Pengarah Wanita (Women Director's Programme -WDP) telah melatih seramai 721 wanita semenjak tahun 2012 dan tahun lepas sebanyak 13 peratus dari 93 calon wanita yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah adalah hasil dari WDP.

Di dalam dunia korporat yang didominasi oleh kaum lelaki, nampaknya wanita perlu juga melengkapkan diri dengan jaringan sosial di samping mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman pekerjaan. Dunia hari ini juga mementingkan ... SIAPA KITA KENAL, SIAPA DALAM JARINGAN SOSIAL DAN SIAPA DAN SIAPA...
 

No comments:

Post a Comment