Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

#BAJET2015 : KENAIKAN ELAUN PEKERJA CACAT DARI KPWKM



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan membawa permohonan supaya Elaun Pekerja Cacat (EPC) dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 sebulan untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2015.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian berpendapat permohonan itu adalah munasabah dan memahami situasi semasa, misalnya faktor harga barangan, menjadikan permohonan itu selari dengan pendirian pihaknya.

"Selain permohonan untuk menaikkan EPC, kementerian juga mendapat permintaan supaya elaun kepada pembantu orang kurang upaya (OKU) diwujudkan.

"Rasional di sebalik permohonan ini adalah, sebagai contoh, OKU memerlukan pembantu untuk menolak kerusi roda, mereka merasakan elaun untuk pembantu diperlukan kerana tanpa pembantu OKU akan menghadapi kekangan untuk bergerak," katanya.

Menurutnya pada tahun ini kementerian menerima sebanyak RM2.2 bilion dan daripada jumlah tersebut, RM1.4 bilion diperuntukkan untuk tujuan kebajikan.

Rohani berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Komuniti Perwani 1Malaysia dan NGO Wanita Sarawak, di sini pada Selasa.

Turut hadir timbalannya Datin Paduka Chiew Mei Fun, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Sabariah Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.

Mengulas lanjut, Rohani berkata di sebalik permohonan baharu yang diterima untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2015, kementerian akan memohon supaya subsidi sedia ada seperti subsidi vaksin Human Papilloma Virus dan mamogram diteruskan.

"Bagaimanapun untuk meneruskan program ini kementerian memerlukan sokongan untuk justifikasi segala bajet yang kementerian pohon itu," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, August 5, 2014

ADIK MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH... DULU DAN SEKARANG

Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan berita seorang remaja OKU dijumpa dalam sebuah bilik berkunci dengan keadaan yang sungguh meruntun perasaan. Beliau telah ditemui terkurung di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lalu.

Inilah wajah serta keadaan dirinya ketika ditemui;



Alhamdulillah setelah sebulan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar,  berat badan adik Firdaussudah bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui dan beliau juga semakin ceria.



Sememangnya rakyat Malaysia dikenali sebagai rakyat yang penuh kasih sayang dan mudah bersimpati. Adik Firdaus juga telah mendapat perhatian dari pelbagai peringkat masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin negara.



Kini, adik Firdaus sangat ceria setelah diberi sepenuh perhatian terutama ibu-ibu jururawat di hospital;





Setelah mendapat rawatan yang mencukupi dan emosinya berada pada tahap yang baik,  beliau telah mampu menyesuaikan diri dengan keadaaan sekeliling, kini adik Firdaus telah dibenarkan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah melalui perintah sementara daripada mahkamah.





Pihak hospital juga telah memaklumkan selera adik Firdaus sangat bagus dan walaubagaimanapun beliau perlu diberi lebih sayur dan buah-buahan kerana tidak mengunyah makanannya.

Terima kasih rakyat Malaysia dan tindakan pantas kerajaan dan kementerian ke atas nasib adik Firdaus. Inilah buktinya rakyat Malaysia yang sangat terkenal dengan sikap prihatin dan kasih sayang.

Semoga adik Firdaus terus mendapat rahmat dari kasih sayang rakyat Malaysia.
 


Saturday, July 19, 2014

KPWKM ANJUR PROGRAM "SATU" UNTUK OKU



JOM SERTAI PROGRAM SATU (SUARA ANDA TANGGUNGJAWAB UTAMA)-OKU SEPERTI TETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 21 JULAI 2014 (ISNIN)
MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN LOBI KPWKM


Di antara pengisiannya adalah;

  • Perkhidmatan Kaunter Aduan & Pertanyaan
  • Pendaftaran Kad OKU
  • Pelancaran Tabung "Spread The Love Save Gaza" dan Tabung Al Aqsa

Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berjalan secara serentak di semua Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri. 



 

Friday, July 11, 2014

PIHAK HOSPITAL TANGGUH PINDAH REMAJA OKU

 

Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU dirawat sejak 21 Jun lalu selepas ditemui kurus kering dan kebuluran di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, dekat sini.

Adik Firdaus dijangka akan keluar semalam, yang sepatutnya dipindahkan ke Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah tetapi terpaksa ditangguhkan.

Mengikut Pengarah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat, adik Firdaus perlu diberi rawatan pakar untuk memastikannya dalam keadaan baik sebelum dipindahkan. Adik Firdaus telah diserang sawan dan demam panas dan hanya dibenarkan keluar hospital apabila kesihatannya terkawal.

Satu tarikh sesuai akan dipilih untuk menempatkannya di rumah penjagaan JKM.


Terdahulu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah meluangkan selama setengah jam bersama adik Firdaus dan bersyukur melihat keadaan Firdaus yang kini bertambah baik ketika melawat remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

DS Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) telah mengambil inisiatif membuka akaun simpanan Tabung Hajik untuk adik Firdaus dan ketika diserahkan kutipan dana, jumlah kutipan adalah RM23,348.70 yang juga termasuk sumbangan Bakti sebanyak RM1,000; sumbangan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (RM1,000) dan Tabung Haji (RM11,011). 

Didoakan semoga Adik Firdaus cepat sembuh dan dapat bersama-sama adiknya nanti.
 

Thursday, July 3, 2014

APA PERLUNYA DAFTAR ANAK-ANAK OKU DENGAN JKM


Langkah mendaftarkan anak Orang Kurang Upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuka pintu kepada pelbagai peluang bantuan dan sokongan bagi ibu bapa dan penjaga dalam menguruskan anak istimewa mereka.

Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia Suhairi Abdullah berkata menerusi pendaftaran itu, pegawai JKM boleh memberi panduan menguruskan anak OKU dengan cara yang betul.

Jelasnya, ia turut membuka peluang untuk mendapatkan bantuan seperti peruntukan bulanan, khidmat kaunseling dan khidmat jagaan bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan bagi memastikan kebajikan anak OKU terjamin.

Pegawai JKM juga mampu memberi kaunseling kepada ibu bapa yang menghadapi tekanan dalam menjaga anak OKU dan doktor boleh memberi nasihat dan rawatan bagi OKU yang agresif.

Ibu bapa dan penjaga juga perlu sedar mereka sebenarnya tidak mempunyai hak untuk mengurung anak OKU secara berterusan seperti yang dilaporkan berlaku baru-baru ini. Tindakan mengurung anak OKU secara berterusan atas alasan keselamatan atau kesempitan wang adalah menyalahi undang-undang dan hak asasi manusia.

Pada 21 Jun lepas, negara digemparkan dengan penemuan seorang remaja lelaki OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15 tahun yang ditemui terabai dalam keadaan fizikalnya kurus kering dengan kesan najis dan air kencing dalam bilik di sebuah rumah flat di Nilai, Negeri Sembilan.

Ini disusuli penemuan seorang wanita OKU, Nasitah Yahya, 44, pada 27 Jun lepas yang dikatakan dikurung di bawah sebuah rumah di Tumpat, Kelantan, sejak lebih 10 tahun, sebelum diselamatkan polis dan JKM Kelantan.

Tekanan akibat kesempitan hidup bukan alasan untuk ibu bapa mengabaikan anak OKU. Pengabaian daripada segi mengurung anak atau individu OKU tanpa makanan dan minuman bagi tempoh yang panjang boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan fizikal, emosi dan mental.

Ibu bapa meminta pertolongan persatuan penduduk atau wakil rakyat di kawasan masing-masing sebagai orang tengah untuk memudahkan urusan sekiranya tidak tahu prosedur mendaftarkan anak OKU di JKM.

Masyarakat juga perlu bersikap lebih prihatin dengan membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya disyaki berlaku kes pengabaian OKU di kejiranan mereka.

Ibu bapa khususnya ibu tunggal yang merasa tertekan membesarkan anak OKU tidak digalakkan memendam perasaan kerana ia boleh menjurus kepada gangguan emosi yang serius. Sebaliknya, mereka harus meluahkan masalah atau tekanan kepada individu yang boleh dipercayai seperti kawan rapat untuk mengurangkan beban perasaan yang ditanggung.

Kaunselor JKM juga perlu diberi lebih latihan dalam bidang kaunseling keluarga supaya setiap isu kekeluargaan dapat ditangani dengan lebih fokus dan sistematik. Mereka perlu lebih proaktif dengan menambah baik mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa untuk membantu meringankan beban ibu bapa yang mengurus dan membesarkan anak OKU.

Kadang-kadang ibu bapa berkenaan tidak pun berniat untuk mengabaikan anak OKU tetapi ia mungkin berlaku atas faktor kekurangan pengetahuan mengenai prosedur yang perlu diambil untuk mendapatkan bantuan.

Diharap sebarang peraturan yang dilihat "merumitkan" atau karenah birokrasi yang mungkin wujud, perlu segera diatasi JKM.

Wednesday, June 25, 2014

PRIHATIN DAN TINDAKAN PANTAS MENTERI DAN KEMENTERIAN WANITA

Pelbagai reaksi dari rakyat pelbagai peringkat apabila apabila kisah adik OKU Firdaus didedahkan. Terima kasih kepada yang prihatin dan tidak kurang yang memberi komen negatif dengan hanya mencari kesalahan kerajaan yang dituju khas kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ini termasuk pandangan selebriti tv, Wardinah yang cuba membandingkan layanan kerajaan terhadap OKU dengan Australia. Apa yang pasti, berikut adalah tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Menterinya, Dato Sri Rohani Karim telah membuat lawatan;








Kadang-kadang untuk menarik perhatian, selebriti perlukan sedikit kenyataan-kenyataan populis. Namun sebagai Kementerian yang bertindak pantas dan bertanggungjawab, apa yang dikatakan Wardina sama sekali meleset dan tidak berasas sama sekali.

Sunday, June 22, 2014

KANAK-KANAK OKU DIDAKWA DIKURUNG - JAWAPAN MENTERI @KPWKM


Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kisah anak OKU dikurung ibunya ... baca DI SINI

Kini menteri berkenaan, Dato Sri Rohani Abdul Karim dengan pantas telah mengambil tindakan menyelamatkan keadaan anak malang itu. Tahniah kepada menteri dan juga kementeriannya.

Siasatan awal mendapati ibu remaja itu yang mengaku berasal dari Sabah dan telah berpisah menafikan yag anaknya dikurung dan diabaikan.

Benarkah anaknya tidak dikurung dan diabaikan? Jika kita lihat keadaan bilik yang kotor dan jijik yang dipenuhi sampah dan najis semasa anak ini dijumpa dan bilik yang berkunci, apakah kenyataan si ibu boleh dipercayai? Atau si ibu sedang mengelak dari ditahan pihak berkuasa?


 
Tiba masanya cadangan meminda Akta Kanak-kanak 2001 perlu diluluskan segera sebagai satu langkah proaktif dalam membendung kes-kes melibatkan kecuaian ibu bapa terhadap penjagaan anak mereka sehingga menyebabkan kehilangan atau kematian.
 
Pindaan ini akan memberi ruang kepada pelaksanaan undang-undang ketat kepada mana-mana ibu bapa atau penjaga yang cuai ketika mengendalikan anak-anak mereka. Kita melihat cadangan ini bersesuaian dengan usaha mengurangkan kadar kemalangan atau kes jenayah berkaitan yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa keadaan seperti yang disiarkan di media massa, misalnya meninggalkan anak di dalam kereta atau berseorangan di rumah.
 
Di dalam pindaan ini, beberapa denda atau tindakan tambahan bakal dikenakan terhadap ibu bapa yang cuai seperti melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat, kursus keibubapaan dan kaunseling. Tujuannya bukanlah untuk menghukum, tetapi cuba memastikan kanak-kanak diberi penjagaan, kasih sayang dan layanan yang setimpal.

Kepada ibubapa yang tidak mampu menjaga dan membela anak-anak OKU, silalah ikut nasihat menteri agar diserahkan anak-anak itu kepada pihak JKM. Mereka berhak mendapat kehidupuan yang selamat dan selesa serta mereka tidak pernah minta untuk dilahirkan cacat sedemikian.

Kepada rakyat Malaysia, terima kasih kerana berjaya menjadi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab.





Saturday, June 21, 2014

REMAJA OKU DISELAMATKAN DALAM OPS PATI


Blog ini pernah menulis mengenai seorang ibu dikurung anak-anaknya di negara China dengan harapan ibunya akan mati dengan alasan bosan menjaga ibunya... klik DI SINI

Malangnya, kejadian mengurung ini berlaku di negara kita seperti di laporan berikut;

NILAI: Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.
Remaja tempatan berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis. 

Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.

Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan ibu remaja berkenaan dikatakan berasal dari Sabah.  - BH

Apakah niat sebenar ibu yang mengurung anaknya? Apakah niatnya agar anaknya mati juga?

Di mana rasa kemanusiaan ibu ini?


Tuesday, April 1, 2014

CABARAN BERGELAR OKU

Christine Lee kongsi kesukaran ketika alam persekolahan, kepayahan memasuki dunia pekerjaan... BH

Mungkin bukan semua orang memandang rendah OKU dan masih ada juga majikan atau syarikat swasta yang menerima menerima mereka bekerja. Sebilangan OKU juga mampu mempamerkan keupayaannya setanding insan normal.

Cuma, apabila insan OKU ini tidak diberi tempat sewajarnya dalam masyarakat, mereka juga akan cepat sensitif dan berasa terpinggir. Pengalaman dan liku-liku inilah, pernah dilalui ejen pelaburan saham, Christine Lee atau nama sebenarnya Lee Soon Kup yang perlu berkerusi roda ke sana sini, sepanjang hayatnya. 

Tidak sekolah setahun

Christine pernah tidak ke sekolah selama setahun, gara-gara permohonan memasuki Tahun Satu sekolah kebangsaan jenis cina (SKJC) ketika itu ditolak.

Mendiang bapanya adalah insan yang paling hampa kerana hasrat untuk memberi pendidikan sekolah Cina tidak kesampaian, semata-mata keadaan wanita itu lumpuh separuh badan.
  

Dinafikan hak hadiri temu duga

Aktivis dan wanita cekal itu juga berkongsi kesukarannya menggunakan pengangkutan awam hingga merangsang organisasi terbabit menyediakan akses lebih baik kepada golongan OKU.

Christine yang masih bujang, juga pernah melalui detik sukar untuk mencari pekerjaan, hanya kerana beliau OKU. Beliau berkongsi pengalamannya yang terpaksa berdepan dengan persepsi negatif majikan, malah tidak memberikan peluang untuk meneruskan sesi temu duga apabila tahu beliau adalah insan istimewa.

Bukan sekali dinafikan hak, ditolak sebelum menghadiri temu duga seakan lali kepada mereka yang senasib, namun beliau bertuah kerana temu duga kali ketiga membuahkan hasil.

Christine berkata, kegembiraan menghadiri temu duga kali pertama sekitar tahun 1994, bagaikan direntap apabila bakal majikan mengambil keputusan tidak mahu meneruskan sesi temu kerana beliau insan istimewa.

“Saya masih ingat lagi ketika menerima panggilan (temu duga) itu dan sangat teruja. Saya memaklumkan keadaan saya yang berkerusi roda berikutan tidak mahu mereka terkejut apabila melihat saya pada hari temu duga kelak,” katanya.