Tuesday, August 5, 2014

ADIK MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH... DULU DAN SEKARANG

Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan berita seorang remaja OKU dijumpa dalam sebuah bilik berkunci dengan keadaan yang sungguh meruntun perasaan. Beliau telah ditemui terkurung di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lalu.

Inilah wajah serta keadaan dirinya ketika ditemui;



Alhamdulillah setelah sebulan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar,  berat badan adik Firdaussudah bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui dan beliau juga semakin ceria.



Sememangnya rakyat Malaysia dikenali sebagai rakyat yang penuh kasih sayang dan mudah bersimpati. Adik Firdaus juga telah mendapat perhatian dari pelbagai peringkat masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin negara.



Kini, adik Firdaus sangat ceria setelah diberi sepenuh perhatian terutama ibu-ibu jururawat di hospital;





Setelah mendapat rawatan yang mencukupi dan emosinya berada pada tahap yang baik,  beliau telah mampu menyesuaikan diri dengan keadaaan sekeliling, kini adik Firdaus telah dibenarkan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah melalui perintah sementara daripada mahkamah.





Pihak hospital juga telah memaklumkan selera adik Firdaus sangat bagus dan walaubagaimanapun beliau perlu diberi lebih sayur dan buah-buahan kerana tidak mengunyah makanannya.

Terima kasih rakyat Malaysia dan tindakan pantas kerajaan dan kementerian ke atas nasib adik Firdaus. Inilah buktinya rakyat Malaysia yang sangat terkenal dengan sikap prihatin dan kasih sayang.

Semoga adik Firdaus terus mendapat rahmat dari kasih sayang rakyat Malaysia.
 


No comments:

Post a Comment