Jaringan Untuk Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada April tahun lalu bernaung di bawah Pergerakan Wanita UMNO
bagi membela nasib ibu tunggal di negara ini. Dalam ucapan pada perhimpunan Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) itu yang telah dihadiri kira-kira 6,000 ibu tunggal.
Juwita yang menjadi
payung kepada semua persatuan ibu tunggal sejak ditubuhkan tahun lalu
itu akan turut mengusahakan pemberian kad diskaun untuk dimiliki oleh
golongan tersebut agar mereka boleh mendapatkan barangan dan
perkhidmatan terpilih pada harga istimewa.
Di samping itu, insurans juga diadakan untuk ibu-ibu tunggal yang berpendapatan rendah dan sakit, dan Juwita akan berusaha untuk mendapat
perhatian kerajaan agar mereka boleh dibantu setidak-tidaknya mendapat bagi menampung keperluan perubatan.
Walau bagaimanapun, pihak sekretariat akan membuat kajian berhubung
perkara itu terlebih dahulu melalui sebuah panel yang akan menilai
segala aspek pelaksanaan bagi pembiayaan insurans tersebut.
Penubuhan Juwita adalah memberi fokus kepada aspek
perundangan, polisi dan peraturan sebagai usaha untuk membela golongan
itu terutama dalam membantu mereka mendapat hak dan pembelaan dari
sudut undang-undang bagi kes penceraian dan sebagainya.
Namun masih ramai golongan ibu tunggal tidak berdaftar
dengan mana-mana persatuan menyebabkan mereka sukar untuk mencari
perlindungan dan pembelaan sewajarnya.
Juwita tidak mengambil keahlian sebaliknya mereka perlu berdaftar
dengan mana-mana persatuan yang bernaung di bawah Juwita dan dipelawa seramai mungkin ibu-ibu tunggal berbilang kaum di seluruh
negara agar masing-masing boleh mendapat manfaat.
Juwita juga akan mewujudkan satu pangkalan data untuk memudahkan
mana-mana pihak untuk menyalurkan bantuan kepada golongan tersebut
selain digerakkan oleh jentera Jalinan Rakyat Wanita UMNO supaya mereka
dapat berpayung di bawah persatuan.
No comments:
Post a Comment