Monday, August 4, 2014

ATLIT WANITA MENYUMBANG PINGAT TERBANYAK DI SUKAN KOMANWEL GLASGOW


Kempen Sukan Komanwel ke 20 di Glasgow untuk pasukan Malaysia telah pun tamat dengan Malaysia hanya mampu meraih 6 pingat emas, 7 perak dan 6 gangsa. 

Apa yang membanggakan ialah kebanyakan penyumbang pingat terdiri dari atlit wanita.






Bermula dengan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David  di dalam acara skuasy perseorangan wanita dengan menewaskan musuh tradisinya dari England,Laura Massaro dari  3-0.




Beregu wanita negara, Vivian Khoo-Woon Khe Wei masing-masing menyumbangkan sebutir pingat emas untuk Malaysia setelah menundukkan pasangan dari India.




Kemudian dituruti dengan Wong Poh San di acara Gimrama individu wanita displin riben  dengan pingat perak. Beliau hanya dipisahkan 0.25 mata daripada menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel XX, namun perak yang dirangkul dalam acara gimrama aparatus riben tetap memberi keceriaan kepada kem Malaysia. 

Malah, beberapa minit sebelum itu, Poh San, 17, turut merangkul pingat peribadi ketiganya di Glasgow de­ngan menyumbangkan gangsa dalam acara gelung, iaitu dua hari selepas membantu Malaysia meraih gangsa berpasukan.



Sementara itu, Nur Suryani Mohamed Taibi menghadiahkan gangsa buat Malaysia dalam acara 10m air rifle individu wanita dengan scorenya sebanyak 184.4. Emas milik Apurvi Chandela dari India, manakala perak dimenangi rakan senegaranya, Ayonika Paul.



Skuad wanita negara yang dibarisi oleh Ng Sock Khim, Ho Ying, Rou You dan Beh Lee Wei memenangi pingat perak dalam ketegori Ping Pong Wanita Berkumpulan dengan menewaskan Papua New Guinea 3-0 dan Kanada dengan 3-2.



Bagi Bowling Padang Berpasukan Wanita, Nor Hashimah Ismail, Nurfidrah Noh, Azlina Arshad dan Emma Firyana Saroji memenangi pingat Perak. 




Pandelela Rinong hanya mampu meraih pingat perak dalam acara 10 meter platform individu wanita di Glasgow. Beliau telah mencatat 368.55 mata dan terpaksa akur apabila emas dimenangi atlet Kanada, Meaghan Benefeito (372.65).  

Hebat tak wanita Malaysia kita?

No comments:

Post a Comment