Wednesday, August 6, 2014

MESEJ DARI PENJARA : SOFIA DIHUKUM GANTUNG

Sofia masih mendapat sokongan keluarga

Sesal dahulu pendapatan... sesal kemudian, inilah takdirnya.... ikuti temubual bersama Sofia banduan akhir yang dijatuhkan hukuman mati di bawah Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 302 di atas kesalahan membunuh.











Walaubagaimanapun, selagi tali masih belum melilit leher, Sofia masih ada peluang membuat rayuan dengan 3 lagi proses iaitu membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, jika gagal masih ada Mahkamah Persekutuan untuk dirayu lagi dan kemungkinan Lembaga Pengampunan oleh Raja-Raja Melayu pula mempertimbangkan rayuan Sofia untuk kali terakhir.

Ambillah iktibar apa yang terjadi kepada Sofia, seperti nasihat Dato Zahid Hamidi... JANGANLAH IKUTKAN PERASAAN KETIKA BERTINDAK

Episod khas segmen ‘Mesej Dari Penjara’ ini telah menampilkan banduan akhir, seorang wanita yang dijatuhkan hukuman mati di bawah Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 302 di atas kesalahan membunuh. Selain rakaman di blok atau sel akhir banduan ini dipenjarakan, banduan akhir ini juga meluahkan kekesalannya dalam bual bicara tersebut. Banduan akhir ini turut dipertemukan dengan insan-insan yang ingin ditemuinya.

'Mesej dari Penjara" yang diperkenalkan menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini (WHI) merupakan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia. Menerusi kerjasama ini, banduan telah dibawa ke studio WHI dan berkongsi kisah mereka secara langsung dengan penonton bagaimana mereka terbabit dengan jenayah dan luahan kekesalan atas perbuatan mereka.

No comments:

Post a Comment