Friday, August 1, 2014

CADANGAN WAJAH WANITA DILETAKKAN DI DOLAR AMERIKA



Kini rakyat Amerika diberi tugas mecadangkan wajah-wajah wanita untuk dicetak di dollar Amerika. 

Cadangan ini datangnya dari seorang gadis yang telah menulis kepada Presiden Obama yang bertanya mengapa tiada mana-mana wanita pada wang kertas Amerika dan Obama menerima cadangan ini sebagai suatu idea yang baik.

Portal berita pula telah memulakan survey dan di antaranya adalah Majalah Time telah mengadakan poll siapakah calon-calon wanita yang berpotensi bakal dicetak di wang kertas dolar nanti. Dari negarawan, ahli koperat, politikus sehingga penyanyi pop adalah calon-calon yang diletak oleh Times. Di antaranya adalah;
  • Eleanor Roosevelt
  • Abigail Adams
  • Sally Ride
  • Harriet Beecher Stowe
  • Amelia Earhart
  • Harriet Tubman
  • Ayn Rand
  • Beyonce
 


Di majalah New York dan Harriet Tubman terdapat wajah Oprah pada wang kertas 20 dolar dan Harriet Tubman di note 100. Malahan ada yang mempersoalkan mengapa Beyonce tidak mencetak wang kertasnya sendiri kerana rakyat Amerika menggelarnya Queen Bey.

Walaupun pada masa ini tiada wajah seorang wanita pada wang kertas, tetapi pada tahun 1886, Martha Washington muncul di syiling 1 dolar yang boleh ditebus untuk syiling perak.

Sebenarnya isu ini telah timbul pada bulan Mac di mana jika ada wang kertas yang perlu diberi wajah baru ia adalah note 20 dolar yang mempunyai wajah Andrew Jackson - seorang perkauman, arkitek kempen pembunuhan terhadap orang asli Amerika.

Jika dilihat wajah-wajah yang ada di wang kertas dolar ialah;

$1 - George Washington
$2 - Thomas Jefferson
$5 - Abraham Lincoln
$10 - Alexander Hamilton
$20 - Andrew Jackson
$50 - Ulysses S. Grant
$100 - Benjamin Franklin

Kita nantikan apa kesudahannya dan siapa wanita pertama yang berjaya muncul di wang kertas dolar Amerika.

No comments:

Post a Comment