Saturday, August 2, 2014

#MH17 : WARIS MANGSA REDHA KEADAAN MAYAT


Bukan mudah untuk menerima hakikat apabila ada antara keluarga tersayang di dalam senarai mangsa MH17 yang terhempas di zon perang Ukrain-Rusia. Emosi mereka tertekan kerana ada di antara mangsa merupakan ketua keluarga dan ahli-ahli keluarga yang menjadi yatim piatu sehingga menyebabkan mereka hilang selera makan dan di dalam keadaan trauma.

Namun, hanya satu hasrat mereka agar mayat mereka dibawa pulang walau di dalam apa pun keadaan mayatnya. Itulah yang telah dimaklumkan oleh Menteri KPWKM, Dato Seri Rohani ketika bertemu waris mangsa. Tujuannya hanyalah agar mayat mangsa dapat disempurnakan mengikut ugama masing-masing.

Nampaknya, menangani emosi ahli-ahli keluarga mangsa MH17 lebih kurang cabarannya berbanding ketika berhadapan dengan ahli-ahli keluarga MH370 yang telah dilaporkan hilang. Perkara ini telah disahkan Timbalan Menteri KPWKM, Datin Padukan Chew Mei Fun.

Seramai 25 kaunselor telah ditempatkan bagi membantu ahli keluarga untuk berhadapan dengan situasi menyedihkan ini. Mereka memberi kaunseling dan semangat kepada waris penumpang supaya tabah dalam mengharungi cabaran serta dugaan lebih-lebih lagi kejadian ini berlaku dalam Ramadan. Semua kaunselor yang ditugaskan di sini juga adalah kaunselor sama yang terbabit dalam insiden MH370 menyebabkan mereka sudah tahu apa langkah terbaik untuk menangani kes ini.

Selain itu, MAS menerusi Bahagian Sumber Manusia mereka juga meminta kaunselor memberikan khidmat kaunseling kepada semua kakitangannya kerana insiden ini sedikit sebanyak menjejaskan emosi warga kerja.

Walaubagaimanapun, urusan membawa pulang 43 mayat rakyat Malaysia mungkin mengambil masa. Mayat-mayat terbabit hanya akan dibawa pulang selepas segala urusan mengenal pasti identiti mayat dan forensik selesai dilakukan oleh pihak berkuasa di Amsterdam, Belanda.



Ini adalah kerana cara bekerja mereka di Amsterdam sangat berbeza di mana mereka bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang disebabkan kesatuan sekerja di negara berkenaan sangat prihatin dengan cara bekerja. Walaupun Malaysia menghantar pasukan forensiknya sendiri seramai 30 orang tetapi mereka terpaksa mematuhi cara bekerja di Belanda.
Oleh sebab itu, ia berkemungkinan mengambil masa yang panjang daripada yang kita harapkan. Tapi yang penting kita akan dapat membawa mayat balik.

Mayat mangsa MH17 juga akan diberi penghormatan tertinggi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang nanti.


No comments:

Post a Comment