Showing posts with label Chew Mei Fun. Show all posts
Showing posts with label Chew Mei Fun. Show all posts

Saturday, August 2, 2014

#MH17 : WARIS MANGSA REDHA KEADAAN MAYAT


Bukan mudah untuk menerima hakikat apabila ada antara keluarga tersayang di dalam senarai mangsa MH17 yang terhempas di zon perang Ukrain-Rusia. Emosi mereka tertekan kerana ada di antara mangsa merupakan ketua keluarga dan ahli-ahli keluarga yang menjadi yatim piatu sehingga menyebabkan mereka hilang selera makan dan di dalam keadaan trauma.

Namun, hanya satu hasrat mereka agar mayat mereka dibawa pulang walau di dalam apa pun keadaan mayatnya. Itulah yang telah dimaklumkan oleh Menteri KPWKM, Dato Seri Rohani ketika bertemu waris mangsa. Tujuannya hanyalah agar mayat mangsa dapat disempurnakan mengikut ugama masing-masing.

Nampaknya, menangani emosi ahli-ahli keluarga mangsa MH17 lebih kurang cabarannya berbanding ketika berhadapan dengan ahli-ahli keluarga MH370 yang telah dilaporkan hilang. Perkara ini telah disahkan Timbalan Menteri KPWKM, Datin Padukan Chew Mei Fun.

Seramai 25 kaunselor telah ditempatkan bagi membantu ahli keluarga untuk berhadapan dengan situasi menyedihkan ini. Mereka memberi kaunseling dan semangat kepada waris penumpang supaya tabah dalam mengharungi cabaran serta dugaan lebih-lebih lagi kejadian ini berlaku dalam Ramadan. Semua kaunselor yang ditugaskan di sini juga adalah kaunselor sama yang terbabit dalam insiden MH370 menyebabkan mereka sudah tahu apa langkah terbaik untuk menangani kes ini.

Selain itu, MAS menerusi Bahagian Sumber Manusia mereka juga meminta kaunselor memberikan khidmat kaunseling kepada semua kakitangannya kerana insiden ini sedikit sebanyak menjejaskan emosi warga kerja.

Walaubagaimanapun, urusan membawa pulang 43 mayat rakyat Malaysia mungkin mengambil masa. Mayat-mayat terbabit hanya akan dibawa pulang selepas segala urusan mengenal pasti identiti mayat dan forensik selesai dilakukan oleh pihak berkuasa di Amsterdam, Belanda.



Ini adalah kerana cara bekerja mereka di Amsterdam sangat berbeza di mana mereka bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang disebabkan kesatuan sekerja di negara berkenaan sangat prihatin dengan cara bekerja. Walaupun Malaysia menghantar pasukan forensiknya sendiri seramai 30 orang tetapi mereka terpaksa mematuhi cara bekerja di Belanda.
Oleh sebab itu, ia berkemungkinan mengambil masa yang panjang daripada yang kita harapkan. Tapi yang penting kita akan dapat membawa mayat balik.

Mayat mangsa MH17 juga akan diberi penghormatan tertinggi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang nanti.


Friday, June 27, 2014

DATIN PADUKA @CHEWMEIFUN DILANTIK SEMULA SEBAGAI TIMBALAN MENTERI @KPWKM



Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Ia merupakan pelantikan semula beliau sebagai Senator untuk penggal kedua dan akan akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelantikan Chew sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain penyertaan beberapa anggota MCA dan Parti Gerakan dalam Kabinet. 

Chew, ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas kepercayaan yang telah diberikan. 

Dengan pelantikan sebagai Senator, serta pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, merupakan platform terbaik baginya untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara dan menjamin keharmonian kaum secara lebih berkesan.

Apapun, tahniah kepada  YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun  di atas perlantikan tersebut.


Sunday, March 23, 2014

MESEJ KERAS KEPADA WAN AZIZAH



Keputusan rasmi PRK Kajang berpihak kepada PKR sebanyak 16,741 dan BN sebanyak 11,362 dengan majoriti  5,379.

Walaupun BN telah kalah, namun apa yang dapat dibanggakan ialah PKR gagal menambah majoriti dan MCA berjaya meningkatkan undi cina dari 16% ke 25% serta mengakui kurang sokongan pengundi muda. Oleh itu, BN telah berjaya mengurangkan majoriti PRU13 dan target DAP agar Mei Fun hilang wang pertaruhan juga telah GAGAL!

Berikut adalah mesej calon BN kepada pengundi Kajang, rakan-rakan BN dan terutamanya kepada Wan Azizah;

KENYATAAN AKHBAR CALON BN UNTUK PRK DUN KAJANG
Datin Paduka Chew Mei Fun
23.03.2013

Saya dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini. Kami juga menghormati sepenuhnya piihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kajang.

Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.


Saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian. Saya amat berbangga dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun.

Selepas ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga jawatankuasa dan Biro dibawah jagaan saya, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program Transformasi MCA.


Saturday, March 8, 2014

PERANAN SEORANG WANITA SEPERTI SETERIKA



Perutusan calon Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil DUN Kajang merangkap Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2014. 

Wanita tidak lagi boleh tetap pasif;
Kita perlu mengambil inisiatif & berusaha mengetuai lain mencipta sejarah
Wanita mempunyai banyak peranan, mereka boleh tenang pada masa-masa tertentu, dan bersemangat tinggi pada masa yang lain. Peranan seorang wanita senyap dan tenang adalah seperti seterika yang mengemas renyuk kain pakaian. Wanita mempunyai kebijaksanaan dan ketekunan, kerana wanita sentiasa membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga dalam kehidupan. Wanita merancang dengan teratur, dengan teliti akan menyediakan hidangan makanan untuk seisi keluarga. Wanita banyak menyumbang kepada masyarakat dan tiada kata dapat menggambarkan .
Sebaliknya, wanita yang bersemangat tinggi mempunyai, sumber tenaga menakjubkan yang tidak berakhir di samping mempunyai ciri-ciri yang disebut di atas. Tema Hari Wanita Antarabangsa bagi tahun ini adalah Menginspirasi Perubahan, dan ini menekankan hakikat bahawa wanita hari ini tidak lagi boleh tetap pasif dan patuh kepada orang lain. Wanita mesti berupaya untuk berdiri di hadapan orang lain dan mengambil inisiatif untuk meninspirasikan perubahan, menggalakkan transformasi, menerajui dan juga memainkan peranan utama dalam mencipta sejarah.
Seperti yang dinyatakan dalam tema Hari Wanita Antarabangsa, kita berada dalam era moden transformasi; transformasi yang sedang berlaku secara lekas. Wanita Malaysia tidak pernah ketinggalan, dan kita tidak pernah berundur dari cabaran. Kita pilih dan dijangka akan menjadi intelektual, munasabah dan sederhana, serta memiliki ciri-ciri halus, tetapi mampu memimpin transformasi dan pembangunan sosial.
Selepas pemilihan parti MCA pada tahun lepas, kepimpinan yang baru dilantik berkomited ke arah mentransformasikan MCA. Ini akan membolehkan parti memulihkan diri sendiri dan memulakan laluan baru. MCA adalah sebahagian daripada masyarakat Cina, dan sebahagian daripada Malaysia. Oleh itu, untuk MCA mentransformasi, kita perlu sokongan semua masyarakat, termasuk penyertaan wanita dalam program transformasi kami. Ini adalah supaya MCA dapat membantu menyediakan negara yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia, dan juga meninggalkan generasi akan datang dengan budaya politik yang lebih demokratik, bebas, adil dan sihat.
Apabila saya sebut transformasi, saya tidak hanya merujuk kepada MCA sahaja. Disebabkan yang saya telah dilantik oleh BN untuk bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang, ini bermakna pengundi Kajang juga ditawar tanggungjawab menginspirasikan perubahan, dengan menimbang beberapa perkara:
Kelemahan di Selangor di bawah Pakatan
Pertama, pilihan raya kecil ini adalah hasil bekas ahli Dewan Undangan Negeri Kajang PKR yang dipaksa untuk meletak jawatannya selepas hanya 8 bulan untuk menyelesaikan krisis dalaman PKR. Walaupun ini adalah satu masalah dalaman parti, mereka telah mementingkan sendiri dengan sengaja melibatkan semua orang lain dengan mewujudkan pilihan raya kecil ini. Oleh itu, ini adalah peluang untuk pengundi Kajang menolak paparan politik PKR yang telah menyalahgunakan proses demokratik dengan mengata “TIDAK ” kepada mereka melalui peti undi.
Kedua, prestasi bekas ADUN Kajang juga tidak memuaskan, kerana banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, pilihan raya kecil ini adalah peluang bagi penduduk Kajang melepaskan diri dari kesusahan dengan mengundi ke dalam Dewan Undangan Negeri seorang calon yang mempunyai rasa tanggungjawab dan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Ketiga, selepas 6 tahun berkuasa, kerajaan Pakatan Selangor telah menjadi bangga dan leka. Banyak isu-isu pentadbiran lemah mereka telah muncul, seperti krisis air semasa yang merupakan hasil terus daripada berpolitik dalaman mereka selama ini, yang telah menyebabkan rakyat menderita. Sebelum itu, terdapat juga peningkatan besar gaji untuk Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, dan kenaikan dalam yuran pelesenan oleh kerajaan tempatan. Oleh itu, untuk memastikan sistem check-and-balance di dalam pentadbiran negeri, serta meningkatkan bilangan wakil pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, ini adalah peluang untuk menambah satu lagi penggubal undang-undang wanita ke dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, sekali gus membolehkan pembangkang negeri mencerminkan kepelbagaian etnik dan suara wanita.   Akhir sekali, saya ingin mengucapkan kepada semua wanita selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa. Marilah kita berganding bahu bersama-sama dan membantu meninspirasi perubahan. Marilah kita mara ke hadapan bersama-sama sebagai satu!

Datin Paduka Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil DUN Kajang
Naib Presiden MCA

Saturday, March 1, 2014

#CMF4KAJANG : BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT KAJANG

Semua telah ketahui pencalonan Datin Paduka Chew Mei Fun mencabar DS Anwar Ibrahim di PRK Kajang yang dijadualkan pada 23 Mac nanti.

Pencalonan DP Chew Mei Fun telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan ini adalah harapan dari calon;



Setakat hari ini, calon BN ini telah mendapat sambutan penduduk Kajang dan ada di antara mereka telah mula menunjukkan sokongan serta keyakinan mereka. Nampaknya latarbelakang calon yang pernah menjadi MP di PJ Utara, telah menanam keyakinan rakyat Kajang bahawa seorang wanita dengan raut wajah keibuan lebih dipercayai dan mampu membela rakyat.

Walaupun pihak pembangkang terutama DAP pernah menggelar DP Mei Fun sebagai MP Longkang, tetapi tidak ramai mengetahui kisah sebenar ejekan mereka itu. Tony Pua memandang remeh usaha-usaha DP Mei Fun kerana sanggup turun padang sehingga selesaikan masalah longkang. Usaha ini yang menyebabkan Tony Pua menggelarnya MP Longkang.

DP Mei Fun bukan orang baru dalam MCA malahan pengalaman dan hubungan dengan pemimpin-pemimpin tinggi negara juga satu kelebihan kepada rakyat Kajang seandainya beliau berjaya memenangi PRK Kajang nanti.

Bayangkan... seorang yang mempunyai 'track record' pengalaman berkhidmat untuk rakyat serta hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin negara dan parti diberi peluang menduduki DUN Kajang. Yang pasti, suara kita akan pasti dibawa ke atas dan keadaan Kajang akan lebih sempurna tanpa menghadapi musibah dan kesusahan yang dialami semenjak PKR mengambil alih.