Perutusan calon Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil
DUN Kajang merangkap Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sempena
Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2014.
Wanita tidak lagi boleh tetap pasif;
Kita perlu mengambil inisiatif & berusaha mengetuai lain mencipta sejarah
Wanita
mempunyai banyak peranan, mereka boleh tenang pada masa-masa tertentu,
dan bersemangat tinggi pada masa yang lain. Peranan seorang wanita
senyap dan tenang adalah seperti seterika yang mengemas renyuk kain
pakaian. Wanita mempunyai kebijaksanaan dan ketekunan, kerana wanita
sentiasa membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga dalam
kehidupan. Wanita merancang dengan teratur, dengan teliti akan
menyediakan hidangan makanan untuk seisi keluarga. Wanita banyak
menyumbang kepada masyarakat dan tiada kata dapat menggambarkan .
Sebaliknya, wanita yang bersemangat tinggi mempunyai, sumber tenaga
menakjubkan yang tidak berakhir di samping mempunyai ciri-ciri yang
disebut di atas. Tema Hari Wanita Antarabangsa bagi tahun ini adalah
Menginspirasi Perubahan, dan ini menekankan hakikat bahawa wanita hari
ini tidak lagi boleh tetap pasif dan patuh kepada orang lain. Wanita
mesti berupaya untuk berdiri di hadapan orang lain dan mengambil
inisiatif untuk meninspirasikan perubahan, menggalakkan transformasi,
menerajui dan juga memainkan peranan utama dalam mencipta sejarah.
Seperti
yang dinyatakan dalam tema Hari Wanita Antarabangsa, kita berada dalam
era moden transformasi; transformasi yang sedang berlaku secara lekas.
Wanita Malaysia tidak pernah ketinggalan, dan kita tidak pernah berundur
dari cabaran. Kita pilih dan dijangka akan menjadi intelektual,
munasabah dan sederhana, serta memiliki ciri-ciri halus, tetapi mampu
memimpin transformasi dan pembangunan sosial.
Selepas
pemilihan parti MCA pada tahun lepas, kepimpinan yang baru dilantik
berkomited ke arah mentransformasikan MCA. Ini akan membolehkan parti
memulihkan diri sendiri dan memulakan laluan baru. MCA adalah sebahagian
daripada masyarakat Cina, dan sebahagian daripada Malaysia. Oleh itu,
untuk MCA mentransformasi, kita perlu sokongan semua masyarakat,
termasuk penyertaan wanita dalam program transformasi kami. Ini adalah
supaya MCA dapat membantu menyediakan negara yang lebih baik untuk semua
rakyat Malaysia, dan juga meninggalkan generasi akan datang dengan
budaya politik yang lebih demokratik, bebas, adil dan sihat.
Apabila saya sebut transformasi, saya tidak hanya merujuk kepada MCA
sahaja. Disebabkan yang saya telah dilantik oleh BN untuk bertanding
pilihan raya kecil DUN Kajang, ini bermakna pengundi Kajang juga ditawar
tanggungjawab menginspirasikan perubahan, dengan menimbang beberapa
perkara:
Kelemahan di Selangor di bawah Pakatan
Pertama,
pilihan raya kecil ini adalah hasil bekas ahli Dewan Undangan Negeri
Kajang PKR yang dipaksa untuk meletak jawatannya selepas hanya 8 bulan
untuk menyelesaikan krisis dalaman PKR. Walaupun ini adalah satu masalah
dalaman parti, mereka telah mementingkan sendiri dengan sengaja
melibatkan semua orang lain dengan mewujudkan pilihan raya kecil ini.
Oleh itu, ini adalah peluang untuk pengundi Kajang menolak paparan
politik PKR yang telah menyalahgunakan proses demokratik dengan mengata
“TIDAK ” kepada mereka melalui peti undi.
Kedua,
prestasi bekas ADUN Kajang juga tidak memuaskan, kerana banyak masalah
yang dihadapi oleh penduduk tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, pilihan
raya kecil ini adalah peluang bagi penduduk Kajang melepaskan diri dari
kesusahan dengan mengundi ke dalam Dewan Undangan Negeri seorang calon
yang mempunyai rasa tanggungjawab dan akan berusaha untuk menyelesaikan
masalah rakyat.
Ketiga,
selepas 6 tahun berkuasa, kerajaan Pakatan Selangor telah menjadi
bangga dan leka. Banyak isu-isu pentadbiran lemah mereka telah muncul,
seperti krisis air semasa yang merupakan hasil terus daripada berpolitik
dalaman mereka selama ini, yang telah menyebabkan rakyat menderita.
Sebelum itu, terdapat juga peningkatan besar gaji untuk Menteri Besar,
Speaker dan Timbalan Speaker, dan kenaikan dalam yuran pelesenan oleh
kerajaan tempatan. Oleh itu, untuk memastikan sistem check-and-balance
di dalam pentadbiran negeri, serta meningkatkan bilangan wakil
pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, ini adalah peluang
untuk menambah satu lagi penggubal undang-undang wanita ke dalam Dewan
Undangan Negeri Selangor, sekali gus membolehkan pembangkang negeri
mencerminkan kepelbagaian etnik dan suara wanita. Akhir sekali, saya
ingin mengucapkan kepada semua wanita selamat menyambut Hari Wanita
Antarabangsa. Marilah kita berganding bahu bersama-sama dan membantu
meninspirasi perubahan. Marilah kita mara ke hadapan bersama-sama
sebagai satu!
Datin Paduka Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil DUN Kajang
Naib Presiden MCA
No comments:
Post a Comment