Friday, March 28, 2014

WANITA AUSTRALIA MENGETUAI MISI MENCARI #MH370

Captain Allison Norris

Apabila diketahui seorang wanita yang mengetuai Royal Australian Navy (RAN) dalam misi mencari kehilangan #MH370 di Lautan Hindi, ia adalah satu kebanggaan dan pengiktirafan wanita.

Wanita kental ini adalah Captain Allison Norris sedang mengetuai HMAS Success, kapal kedua terbesar di Australia.

Capt Norris telah menyertai RAN sejak 1987 bermula sebagai 'seaman officer' dan pakar perang. Beliau merupakan 'Commanding Officer' kapal perang HMAS Melbourne sebelum mengetuai Success pada Disember 2012.

Dengan kekuatan seramai 220 krew kapal yang mantap, mereka bersiap siaga untuk sebarang tugasan dan kini sedang menuju misi mencari MH370 ke Lautan Hindi.

Rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya menaruh harapan dengan 25 tahun pengalaman Capt Norris di lautan luas berserta krew kapalnya. Dengan
keadaan cuaca yang tidak baik dan keadaan laut yang ganas, pasti tidak akan menghalang keupayaan Capt Norris dan krewnya. Namun pemahaman anak-anak
kapalnya tentang pentingnya misi ini sangat diharapkan.

Bercakap kepada pemberita, Capt Norris memaklumkan moral krew kapal di dalam keadaan terbaik dan mereka fokus mencari sebarang serpihan yang boleh dijumpai. Krew kapal juga maklum ke atas kehilangan 239 penumpang dan tugas mereka memberi jawapan kepada keluarga-keluarga penumpang tersebut.

Dengan bermotokan "STRIVE TO WIN" dan pengalaman wanita kental ini, kita berdoa agar pencarian MH370 dapat menghasilkan sesuatu.
 

No comments:

Post a Comment