Showing posts with label Lautan Hindi. Show all posts
Showing posts with label Lautan Hindi. Show all posts

Friday, August 8, 2014

SELEPAS 10 TAHUN TRAGEDI TSUNAMI ACHEH, KINI DISATUKAN SEMULA DENGAN KELUARGANYA

 
Kanak-kanak wanita Indonesia yang dibawa arus dalam tsunami Lautan Hindi pada 2004, ditemukan semula dengan ibu bapanya sepuluh tahun kemudian selepas dianggap meninggal dunia.

Raudhatul Jannah berumur empat tahun ketika beliau dan abangnya dibawa arus daripada rumahnya di wilayah Aceh Barat pada 26 Disember 2004.

Jamaliah dan suaminya berhenti mencari selepas sebulan setelah percaya anaknya meninggal dunia, sehinggalah saudaranya menemui remaja menyerupai anaknya pada Jun.

Mereka mendapati gadis itu dijaga oleh seorang perempuan tua berdekatan daerah Aceh Barat Daya. Keluarga mereka disatukan semula kelmarin.
 
Suami isteri ini sangat gembira berjumpa lagi dengan anaknya semula dan menganggap ia sebagai keajaiban tuha. Pada mulanya beliau meragui gadis itu anak perempuannya sehinggalah dapat menatap wajahnya. 
Ketika tsunami melanda rumahnya, Raudhatul dan abangnya terlepas daripada tangan suaminya ketika berpaut di papan kayu yang terapung dan kini Raudhatul berusia 14 tahun. Rauhatul yakin bahawa abangnya juga mungkin selamat kerana mereka tersadai di Pulau Banyak.

Pulau Banyak adalah di antara pulau terpencil yang tanpa penduduk terletak kira-kira 40 kilometer dari pantai.

Tsunami Lautan Hindi melanda selepas gempa bumi dari pulau Sumatra, mengorbankan 230,000 orang daripada 14 negara, termasuk 17,000 nyawa di Aceh.

Friday, March 28, 2014

WANITA AUSTRALIA MENGETUAI MISI MENCARI #MH370

Captain Allison Norris

Apabila diketahui seorang wanita yang mengetuai Royal Australian Navy (RAN) dalam misi mencari kehilangan #MH370 di Lautan Hindi, ia adalah satu kebanggaan dan pengiktirafan wanita.

Wanita kental ini adalah Captain Allison Norris sedang mengetuai HMAS Success, kapal kedua terbesar di Australia.

Capt Norris telah menyertai RAN sejak 1987 bermula sebagai 'seaman officer' dan pakar perang. Beliau merupakan 'Commanding Officer' kapal perang HMAS Melbourne sebelum mengetuai Success pada Disember 2012.

Dengan kekuatan seramai 220 krew kapal yang mantap, mereka bersiap siaga untuk sebarang tugasan dan kini sedang menuju misi mencari MH370 ke Lautan Hindi.

Rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya menaruh harapan dengan 25 tahun pengalaman Capt Norris di lautan luas berserta krew kapalnya. Dengan
keadaan cuaca yang tidak baik dan keadaan laut yang ganas, pasti tidak akan menghalang keupayaan Capt Norris dan krewnya. Namun pemahaman anak-anak
kapalnya tentang pentingnya misi ini sangat diharapkan.

Bercakap kepada pemberita, Capt Norris memaklumkan moral krew kapal di dalam keadaan terbaik dan mereka fokus mencari sebarang serpihan yang boleh dijumpai. Krew kapal juga maklum ke atas kehilangan 239 penumpang dan tugas mereka memberi jawapan kepada keluarga-keluarga penumpang tersebut.

Dengan bermotokan "STRIVE TO WIN" dan pengalaman wanita kental ini, kita berdoa agar pencarian MH370 dapat menghasilkan sesuatu.