Wednesday, March 5, 2014

KAUM IBU BERDOA DI ISTANA MAHKAMAH

Bermula pada Januari 2009, permit bersyarat telah dikeluarkan oleh KDN kepada penerbitan 'Herald The Weekly Catholic" yang melarang penggunaan kalimah Allah. 

Kemudian Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pula telah memutuskan pada 31 Disember 2009 untuk membenarkan permohonan  semakan Kehakiman Responden (The Church) dan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan ‘Herald The Weekly Catholic’ adalah dibenarkan. 

Pada Januari 2010, KDN menfailkan Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman. Seterusnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menggantung perlaksanaan keputusannya sementara kes ini didengar di Mahkamah Rayuan. Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh  ‘Herald The Weekly Catholic’ tidak boleh dilaksanakan.

22 Ogos 2013, pendengaran  Notis Permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (The Church) untuk membatalkan rayuan pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Keputusan Mahkamah Rayuan telah menolak Permohonan The Church pada 10 September 2013.

Hari ini, pada 5 Mac 2014 :



Kami berhimpun hari ini, di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya atas iktikad kami untuk mempertahankan nama-Mu, Ya Allah, ya Rabbul Jalal, Penguasa Hari Pembalasan.

Tiada kami upaya dalam perjuangan ini melainkan hanya berserah kepada-Mu, Ya Allah. Dan perjuangan kami ini semata-mata hanyalah mencari redha-Mu.

Ya Allah, ya Rabbul Izzati, Penguasa Sekalian Alam,

Tiada kami menyembah hanya kepada-Mu dan kami meminta pertolongan juga kepada-Mu.

Kami yakin dan percaya bahawa Engkau berkuasa atas segala-galanya. Maka Engkau jadikanlah kami hamba-Mu yang istiqamah mempertahankan agama-Mu, ya Allah.

Semoga perjuangan kami mempertahankan nama-Mu dan aqidah kami akan terus teguh dan tidak akan goyah, ya Allah.

Dan semoga tergolong sebagai hamba-hamba-Mu yang bertaqwa.

Amin.
 






  

Pada pukul 12.30 tengahari ini, masih menanti keputusan dari Mahkamah Persekutuan...




No comments:

Post a Comment