Sunday, March 30, 2014

#MH370 : 3 TUNTUTAN AHLI KELUARGA DARI #MALAYSIA DAN #MAS


Satu pertemuan tertutup di antara Dato Hishamuddin Hussein dengan ahli-ahli keluarga penumpang #MH370 telah diadakan selama lebih kurang satu jam di Everly Hotel hari ini.

3 perkara yang dituntut dari kerajaan Malaysia dari keluarga yang terlibat dalam tragedy MH370 adalah seperti berikut;
  • SAR (Pencarian dan Menyelamat) diteruskan
  • Pasukan SAR akan meneruskan misi walaupun di kawasan yang terpencil seandainya berkemungkinan terdapat petanda ada yang masih hidup.
  • Pihak MAS akan lebih terbuka berkomunikasi dengan ahli-ahli keluarga yang terlibat mengenai segala perkembangan

Dato Hisham telah memberi jaminan bahawa usaha SAR (Search and Rescue) tidak akan diberhentikan kerana ia melibatkan 26 negara lain. Beliau juga akan memastikan komunikasi yang lebih lancar di antara MAS dan mereka serta lebih sensitif dengan apa yang mereka sedang alami. Walaupun peluang mencari penumpang-penumpang tersebut dijangka agak tipis, namun komitmen beliau akan diteruskan.

Tuntutan keluarga-keluarga penumpang yang hilang ini adalah dikira agak munsabah dan dari awal lagi Dato Hisham telah menyatakan kerajaan Malaysia tidak akan berhenti misi mencari MH370 dengan apa cara sekali pun.

Yang pasti, kerajaan tidak akan memberi harapan palsu kepada mereka dan kita bersama-sama teruskan berdoa dan lebih sensitif terhadap perasaan mereka dengan tidak menyebarkan spekulasi dan cerita-cerita  yang belum ada kesahihannya.

Ketika ini, 'doa dan harapan' sahaja yang tinggal di antara mereka dan mereka tidak menolak seandainya keajaiban akan berlaku dan mampu menemukan sebarang petunjuk dan bukti. Inilah mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan Malaysia dan MAS serta dunia.

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

No comments:

Post a Comment