Showing posts with label Mas. Show all posts
Showing posts with label Mas. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

#MH17 : RAKYAT MALAYSIA BERTAFAKUR SELAMA SEMINIT DICADANGKAN



Seluruh negara dicadangkan bertafakur selama seminit apabila jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 tiba di tanah air.
  
Ia adalah antara cara bagi segenap lapisan masyarakat untuk menzahirkan dan berkongsi rasa kesedihan mereka dengan keluarga mangsa tragedi itu.
    
Sekiranya idea ini mendapat sambutan baik, seluruh rakyat Malaysia tidak kira warna kulit, agama, kaya atau miskin dapat memberi penghormatan kepada jenazah yang akan tiba di bumi kita.

Sementara itu, beberapa mayat daripada 12 mangsa berbangsa Cina yang terbabit dalam insiden penerbangan MH17 akan dibakar di Belanda sebelum dibawa balik ke Malaysia.

Hampir 12 keluarga mangsa telah bersetuju dengan cadangan ini namun belum dapat menentukan jumlah sebenar.

Setakat ini, dua rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti hasil bedah siasat di Belanda, yang dijangka siap pada minggu depan dan bila boleh dihantar pulang ke Malaysia, belum diketahui tetapi pihak kerajaan Malaysia akan menyelaras dengan pihak berkuasa Belanda untuk memastikan mereka boleh pulang secepat mungkin.

Kerajaan Malaysia tidak mahu menggesa Netherlands dalam perkara itu bagi menghormati pihak yang melakukan proses pengecaman mangsa nahas itu.

Talian dan hubungan maklumat yang diterima (mengenai MH17) mesti disalurkan melalui sekretariat di bawah Kementerian Pengangkutan.

Laporan media memetik kerajaan Netherlands sebagai berkata bahawa selain dua rakyat Malaysia, 21 mayat lain yang dikenal pasti ialah 16 warga Netherlands, seorang masing-masing dari Britain, Jerman dan Kanada.

Pihak media negara ini diminta supaya berhati-hati mengeluarkan berita mengenai MH17 demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Misi mencari mayat di kawasan nahas MH17 di Donetsk ditangguhkan berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah.

Dua rakyat Malaysia antara 21 mangsa nahas pesawat MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik.
Laporan media memetik kerajaan Belanda sebagai berkata, selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa lain yang dikenal pasti adalah 16 warga Belanda, seorang masing-masing dari Britain, Jerman dan Kanada.
Misi mencari cebisan mayat di tapak nahas di timur Ukraine ditangguhkan berikutan pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/MAS-MH17/MH17_2_Mangsa_Rakyat_Malaysia_Dikenal_Pasti.html#sthash.T7G8FRwd.dpuf

Tuesday, August 5, 2014

#MH17 : MAS BAYAR PAMPASAN USD50,000 KEPADA WARIS MANGSA



Waris terdekat kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dijangka menerima bayaran pampasan awal sebanyak AS$50,000 atau kira-kira RM160,000 dalam jangka masa terdekat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bayaran pampasan awal itu sediakan oleh pihak MAS.

"Saya difahamkan bayaran kepada waris yang ini dapat dibuat dalam masa terdekat memandangkan kita sudah sedia maklum apa yang berlaku kepada pesawat itu (MH17)," katanya ketika dihubungi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang disiarkan di TV1.

Rohani berkata sebelum ini sebanyak 25 anggota keluarga mangsa tragedi MH17 telah menerima bayaran saguhati US$5,000 atau kira-kira RM16,000 secara sekali gus daripada pihak MAS untuk membantu dalam soal perbelanjaan harian yang mungkin diperlukan.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Menjelas lanjut, Rohani berkata setakat ini 70 peratus daripada waris penumpang warganegara Malaysia telah memaklumkan kepada pihaknya mengenai pengurusan mayat mangsa nahas MH17 apabila ia tiba di tanah air kelak.

"Baki 30 peratus lagi waris penumpang belum membuat sebarang keputusan mengenai pengurusan mayat dan kita tidak akan desak mereka kerana kita tahu kesulitan yang dihadapi.

Setelah beberapa interaksi antara pegawai dengan waris, persoalan serta harapan paling tinggi waris ialah bila agaknya mereka dapat terima mayat anggota keluarga mereka," kata Rohani.

Rohani menambah beliau dimaklumkan oleh pasukan foresik Malaysia di Amsterdam, setakat dua hari lepas beberapa padanan DNA dan mayat mangsa telah dibuat dan kebanyakannya melibatkan warganegara Belanda.

"Tapi kita tak boleh mengetepikan, kemungkinan dalam masa terdekat ada warga Malaysia yang dapat dikenal pasti. Dan keluarga minta kita maklumkan sebaik sahaja tahu tentang perkara itu," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, July 24, 2014

WARTAWAN AUSTRALIA AKAN PULANG DENGAN MAS



Masanya telah tiba untuk menghentikan menuding jari kepada Malaysia, di mana kesedihan telah bertukar kepada kemarahan, kata wartawan yang pernah memenangi anugerah tertinggi di Australia dalam bidang kewartawanan, Lindsay Murdoch.

Murdoch adalah wartawan Asia Tenggara untuk Fairfax Media, berkata Malaysia Airlines mematuhi peraturan antarabangsa apabila ia diarahkan terbang laluan penerbangannya di
zon perang timur Ukraine.

"Empat ratus penerbangan komersil, termasuk 150 penerbangan antarabangsa, melintasi rantau ini setiap hari sebelum MH17 telah ditembak jatuh," Murdoch telah menulis dalam komentar yang disiarkan dalam The Age dan The Sydney Morning Herald.

Murdoch, pemenang dua kali Anugerah Walkley, adalah seorang pemerhati di rantau ini. Beliau telah menjadi wartawan untuk Fairfax yang berpangkalan di Singapura, Jakarta dan Darwin, dan kini di Bangkok.

"Malaysia Airlines meminta pihak berkuasa Ukraine untuk terbang pada 35,000 kaki (10,700 meter) tetapi kawalan trafik udara di negara ini memberitahu juruterbang MH17 untuk terbang pada 33,000 kaki," Murdoch menulis hari ini.

Beliau berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika telah melarang penerbangan sejak April di rantau Crimean Ukraine tetapi tidak di ketinggian lebih daripada 320 kilometer ke utara, di mana MH17 telah dibawa ke bawah.

Lebih banyak syarikat penerbangan asing, seperti Air France, telah mengambil keputusan untuk berhenti terbang di atas Ukraine.
 
Walaubagaimanapun, Murdoch berpendapat apa saja kesalahan untuk MH17 mengambil laluan malang ini harus dipikul oleh pihak berkuasa penerbangan yang tidak pernah menutup ruang udara dan mengetahui pejuang tersebut mempunyai keupayaan untuk menjatuhkan sebuah pesawat komersial yang terbang pada ketinggian pelayaran biasa.

Murdoch juga menulis tidak ada rakyat Malaysia yang telah menyalahkan Malaysia Airlines. Oleh itu Murdoch bercadang untuk terbang pulang dengan Malaysia Airlines.


Friday, July 18, 2014

#MH17 : PRIHATIN PERDANA MENTERI


Perdana Menteri telah bergegas ke Bangunan Pengurusan Penerbangan (FMB) Penerbangan Malaysia (MAS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 1.20 pagi.

Beliau sedang menghadiri taklimat MH17.






Sidang media dijangka dibuat jam 4 pagi hari ini.

Anggota keluarga mula tiba di Anjung Tinjau, KLIA. Takziah buat ahli keluarga. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini...







Apa yang telah berlaku... DI SINI

 

Sunday, March 30, 2014

#MH370 : 3 TUNTUTAN AHLI KELUARGA DARI #MALAYSIA DAN #MAS


Satu pertemuan tertutup di antara Dato Hishamuddin Hussein dengan ahli-ahli keluarga penumpang #MH370 telah diadakan selama lebih kurang satu jam di Everly Hotel hari ini.

3 perkara yang dituntut dari kerajaan Malaysia dari keluarga yang terlibat dalam tragedy MH370 adalah seperti berikut;
  • SAR (Pencarian dan Menyelamat) diteruskan
  • Pasukan SAR akan meneruskan misi walaupun di kawasan yang terpencil seandainya berkemungkinan terdapat petanda ada yang masih hidup.
  • Pihak MAS akan lebih terbuka berkomunikasi dengan ahli-ahli keluarga yang terlibat mengenai segala perkembangan

Dato Hisham telah memberi jaminan bahawa usaha SAR (Search and Rescue) tidak akan diberhentikan kerana ia melibatkan 26 negara lain. Beliau juga akan memastikan komunikasi yang lebih lancar di antara MAS dan mereka serta lebih sensitif dengan apa yang mereka sedang alami. Walaupun peluang mencari penumpang-penumpang tersebut dijangka agak tipis, namun komitmen beliau akan diteruskan.

Tuntutan keluarga-keluarga penumpang yang hilang ini adalah dikira agak munsabah dan dari awal lagi Dato Hisham telah menyatakan kerajaan Malaysia tidak akan berhenti misi mencari MH370 dengan apa cara sekali pun.

Yang pasti, kerajaan tidak akan memberi harapan palsu kepada mereka dan kita bersama-sama teruskan berdoa dan lebih sensitif terhadap perasaan mereka dengan tidak menyebarkan spekulasi dan cerita-cerita  yang belum ada kesahihannya.

Ketika ini, 'doa dan harapan' sahaja yang tinggal di antara mereka dan mereka tidak menolak seandainya keajaiban akan berlaku dan mampu menemukan sebarang petunjuk dan bukti. Inilah mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan Malaysia dan MAS serta dunia.

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Thursday, March 13, 2014

#MH370 : SEORANG WANITA TAMPIL

Jonti Roos (berbaju pink) dan pilot MH370, Fariq Abdul Hamid

Setelah 6 hari kehilangan MH307, pelbagai cerita mula timbul.

Television Australia telah melaporkan bahawa co-pilot pernah mempelawa 2 wanita ke cockpit ketika penerbangan 2 tahun lalu dan Malaysia Airlines sedang bertindak untuk menyiasat.

Jonti Ross, seorang warganegara Australia dari Melbourne, telah tampil dengan gambar-gambar bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai Fariq Abdul Hamid, pegawai pertama yang hilang dalam penerbangan MH370.

Beliau dan rakannya sedang bersedia menaiki penerbangan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada tahun 2011 apabila mereka dipelawa untuk berada di kokpit sepanjang penerbangan.
 
Ross dikatakan berada di kokpit ketika kapalterbang berlepas dan mendarat dan mereka juga di pelawa untuk bermalam beberapa hari di Kuala Lumpur bersama mereka. 

Walaubagaimanapun, pihak MAS belum memberi sebarang komen sehingga siasatan lengkap terhadap gambar dan video tersebut dilakukan tetapi tidak menafikan mereka terperanjat dengan pendedahan tersebut.

MAS menegaskan di dalam situasi cemas yang sedang berlaku, maka mereka memilih untuk menumpukan misi mereka mengesan pesawat yang telah hilang.


 
 

Tuesday, February 11, 2014

NASI LEMAK TELANJANG DIJAWAB PRAMUGARI MAS

SEBELUM ini kita dah dengar rungutan Chef Wan mengenai kualiti nasi lemak yang dihidang MAS sewaktu beliau mengambil penerbangan ke Bangkok baru-baru ini.
 
 
Tidak lama selepas itu, ada seorang yang mendakwa ‘kerja atas awan’ telah memberi komentarnya yang tersendiri berhubung isu tersebut;