Showing posts with label Dato Seri Rohani. Show all posts
Showing posts with label Dato Seri Rohani. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

#MH17 : MAS BAYAR PAMPASAN USD50,000 KEPADA WARIS MANGSA



Waris terdekat kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dijangka menerima bayaran pampasan awal sebanyak AS$50,000 atau kira-kira RM160,000 dalam jangka masa terdekat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bayaran pampasan awal itu sediakan oleh pihak MAS.

"Saya difahamkan bayaran kepada waris yang ini dapat dibuat dalam masa terdekat memandangkan kita sudah sedia maklum apa yang berlaku kepada pesawat itu (MH17)," katanya ketika dihubungi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang disiarkan di TV1.

Rohani berkata sebelum ini sebanyak 25 anggota keluarga mangsa tragedi MH17 telah menerima bayaran saguhati US$5,000 atau kira-kira RM16,000 secara sekali gus daripada pihak MAS untuk membantu dalam soal perbelanjaan harian yang mungkin diperlukan.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Menjelas lanjut, Rohani berkata setakat ini 70 peratus daripada waris penumpang warganegara Malaysia telah memaklumkan kepada pihaknya mengenai pengurusan mayat mangsa nahas MH17 apabila ia tiba di tanah air kelak.

"Baki 30 peratus lagi waris penumpang belum membuat sebarang keputusan mengenai pengurusan mayat dan kita tidak akan desak mereka kerana kita tahu kesulitan yang dihadapi.

Setelah beberapa interaksi antara pegawai dengan waris, persoalan serta harapan paling tinggi waris ialah bila agaknya mereka dapat terima mayat anggota keluarga mereka," kata Rohani.

Rohani menambah beliau dimaklumkan oleh pasukan foresik Malaysia di Amsterdam, setakat dua hari lepas beberapa padanan DNA dan mayat mangsa telah dibuat dan kebanyakannya melibatkan warganegara Belanda.

"Tapi kita tak boleh mengetepikan, kemungkinan dalam masa terdekat ada warga Malaysia yang dapat dikenal pasti. Dan keluarga minta kita maklumkan sebaik sahaja tahu tentang perkara itu," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, August 2, 2014

#MH17 : WARIS MANGSA REDHA KEADAAN MAYAT


Bukan mudah untuk menerima hakikat apabila ada antara keluarga tersayang di dalam senarai mangsa MH17 yang terhempas di zon perang Ukrain-Rusia. Emosi mereka tertekan kerana ada di antara mangsa merupakan ketua keluarga dan ahli-ahli keluarga yang menjadi yatim piatu sehingga menyebabkan mereka hilang selera makan dan di dalam keadaan trauma.

Namun, hanya satu hasrat mereka agar mayat mereka dibawa pulang walau di dalam apa pun keadaan mayatnya. Itulah yang telah dimaklumkan oleh Menteri KPWKM, Dato Seri Rohani ketika bertemu waris mangsa. Tujuannya hanyalah agar mayat mangsa dapat disempurnakan mengikut ugama masing-masing.

Nampaknya, menangani emosi ahli-ahli keluarga mangsa MH17 lebih kurang cabarannya berbanding ketika berhadapan dengan ahli-ahli keluarga MH370 yang telah dilaporkan hilang. Perkara ini telah disahkan Timbalan Menteri KPWKM, Datin Padukan Chew Mei Fun.

Seramai 25 kaunselor telah ditempatkan bagi membantu ahli keluarga untuk berhadapan dengan situasi menyedihkan ini. Mereka memberi kaunseling dan semangat kepada waris penumpang supaya tabah dalam mengharungi cabaran serta dugaan lebih-lebih lagi kejadian ini berlaku dalam Ramadan. Semua kaunselor yang ditugaskan di sini juga adalah kaunselor sama yang terbabit dalam insiden MH370 menyebabkan mereka sudah tahu apa langkah terbaik untuk menangani kes ini.

Selain itu, MAS menerusi Bahagian Sumber Manusia mereka juga meminta kaunselor memberikan khidmat kaunseling kepada semua kakitangannya kerana insiden ini sedikit sebanyak menjejaskan emosi warga kerja.

Walaubagaimanapun, urusan membawa pulang 43 mayat rakyat Malaysia mungkin mengambil masa. Mayat-mayat terbabit hanya akan dibawa pulang selepas segala urusan mengenal pasti identiti mayat dan forensik selesai dilakukan oleh pihak berkuasa di Amsterdam, Belanda.



Ini adalah kerana cara bekerja mereka di Amsterdam sangat berbeza di mana mereka bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang disebabkan kesatuan sekerja di negara berkenaan sangat prihatin dengan cara bekerja. Walaupun Malaysia menghantar pasukan forensiknya sendiri seramai 30 orang tetapi mereka terpaksa mematuhi cara bekerja di Belanda.
Oleh sebab itu, ia berkemungkinan mengambil masa yang panjang daripada yang kita harapkan. Tapi yang penting kita akan dapat membawa mayat balik.

Mayat mangsa MH17 juga akan diberi penghormatan tertinggi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang nanti.


Monday, July 7, 2014

MENTERI @KPWKM PERTAHAN KENYATAAN KU NAN

Ini adalah penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengapa NGO-NGO tidak digalakkan campurtangan usaha kerajaan mengatasi masalah gelandangan di ibukota;


NGO-NGO Kebajikan diharap jangan merosakkan gelandangan dengan memberikan tempat tinggal dan makanan percuma kerana ia akan menggangu inisiatif kerajaan untuk merubah kumpulan ini agar boleh terima masyarakat nanti.

,  Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyatakan terdapat golongan gelandangan yang mendapat segalanya percuma dari bantuan NGO-NGO dan akibatnya enggan menjalani program pemulihan yang dianjurkan kerajaan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan.

Pihak kerajaan telah berusaha memberi gelandangan ini rumah kos rendah dan pekerjaan. Tetapi akibatnya mereka masih memilih untuk bergelandangan dan tidur di tepi jalan kerana bagi mereka ia lebih selesa dan enggan bekerja.

Walaupun ada di antara gelandangan ini yang terdesak, tetapi terdapat juga di antara mereka yang menganggap ini suatu kebiasaan dan inilah cara hidup mereka, pemikiran seperti ini perlu dihindarkan.

Kerajaan tidak mengatakan sumbangan NGO adalah salah tetapi makanan yang disalurkan perlu terus ke rumah-rumah kebajikan dan membantu gelandangan ini dipulih dan menjadi sebahagian dari masyarakat yang berguna.

Dato Rohani menerangankan melalui inisiatif Ops Qaseh, Kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah gelandangan hingga sifar dan hanya mampu tercapai dengan kerjasama masyarakat. Masyarakat perlu membuang tanggapan yang gelandangan ini tidak akan lagi dilayan dengan belas kasihan ketika operasi.


Adakalanya kerajaan perlu bertegas dalam melaksanakan undang-undang. Tetapi ini tidak bermakna pendekatannya adalah kasar.

Kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan mungkin nampak keras namun ini adalah salah satu cara mengatasi masalah gelandangan ibukota di mana sebenarnya kerajaan membantu mereka dengan memberi satu kehidupan baru.

Setiap derma perlu disalurkan terus kepada yayasan kebajikan dan institusi kebajikan yang berdaftar. Adakalanya, kebajikan disalahguna oleh sindiket pengemis yang berniat jahat. KPWKM sedang bekerjasama dengan kementerian dan penguatkuasa berkenaan yang lain menyediakan rumah mampu milik dalam usaha mengurangkan gelandangan ini.

Salah satu usaha kementerian ialah mencadangkan kepada majikan menyediakan asrama untuk pekerja-pekerjanya kerana memandangkan ada di antara gelandangan ini datang ke ibukota untuk mencari pekerjaan tetapi tidak mampu membayar sewa rumah atau bilik.

Dengan penjelasan Menteri KPWKM ini, sepatutnya kita tidak keruhkan lagi keadaan dengan mengambil kesempatan dan mempolitikkan isu tersebut. Seharusnya, kita sama-sama membantu gelandangan ini. 

Sebagai rakyat, dengar dulu penjelasan dan jangan terus menghukum. Tidak akan ada satu kerajaan pun yang ingin melihat rakyatnya teraniaya tetapi kita sebagai rakyat pula haruslah tidak membenarkan diri dari diperguna oleh kumpulan tertentu yang hanya ingin mengambil kesempatan politik murah dan raih populariti tetapi hakikatnya tiada usaha membantu merubah nasib gelandangan ini.

Saturday, June 28, 2014

'BONUS BAYI' AKAN DIPERKENALKAN UNTUK IBUBAPA



Kerajaan akan memperkenalkan insentif untuk meningkat penurunan kadar kesuburan negara (kelahiran setiap wanita), termasuk menyediakan 'bonus bayi kepada ibu bapa seperti yang diamalkan oleh Singapura.

Kementerian telah menyusun maklumat mengenai cara-cara untuk menangani kemerosotan, termasuk program 'bonus bayi', yang akan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11.
 
Di bawah program Bonus Bayi Singapura dilancarkan pada tahun 2012, ibu bapa menerima S $ 6,000 (RM15, 500) untuk dua orang anak pertama mereka, yang akan dibayar dalam tiga ansuran dalam setahun.

Ibu bapa akan terus menerima S $ 8,000 (RM20, 600) untuk kanak-kanak ketiga dan yang keempat. Program ini adalah sebahagian daripada langkah republik itu untuk mengimbangi kos yang tinggi menaikkan keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Rohani menyuarakan kebimbangan tentang penuruan kadar kesuburan negara walaupun peningkatan penduduk negara daripada 23.5 juta pada 2000-30000000 tahun lepas.

Kadar kesuburan mencatat penurunan daripada tiga kanak-kanak tahun 2000 kepada 2.4 kanak-kanak pada tahun 2010 dan kini pada 2.1 kanak-kanak.

Antara sebab-sebab adalah kelewatan dalam perkahwinan, meningkatkan bilangan wanita di institusi pengajian tinggi, faktor kerja dan kos membesarkan anak-anak.

Walaubagaimanapun, Malaysia bukan satu-satunya negara yang menghadapi masalah ini kerana negara-negara membangun yang lain juga menghadapi kesukaran yang sama.
 
Isu ini perlu ditangani atau ia akan membawa kepada penurunan dalam modal insan dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang.

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menangani kemerosotan, termasuk meningkatkan cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari, memberikan RM200, 000 geran kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak dan 10 peratus pengecualian cukai pada kos untuk membina pusat-pusat penjagaan kanak-kanak swasta.

Wednesday, June 25, 2014

PRIHATIN DAN TINDAKAN PANTAS MENTERI DAN KEMENTERIAN WANITA

Pelbagai reaksi dari rakyat pelbagai peringkat apabila apabila kisah adik OKU Firdaus didedahkan. Terima kasih kepada yang prihatin dan tidak kurang yang memberi komen negatif dengan hanya mencari kesalahan kerajaan yang dituju khas kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ini termasuk pandangan selebriti tv, Wardinah yang cuba membandingkan layanan kerajaan terhadap OKU dengan Australia. Apa yang pasti, berikut adalah tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Menterinya, Dato Sri Rohani Karim telah membuat lawatan;








Kadang-kadang untuk menarik perhatian, selebriti perlukan sedikit kenyataan-kenyataan populis. Namun sebagai Kementerian yang bertindak pantas dan bertanggungjawab, apa yang dikatakan Wardina sama sekali meleset dan tidak berasas sama sekali.

Sunday, June 22, 2014

DATUK ROHANI BERTEMU @meetmynetsterz


Minggu lalu pada 17 Jun (Selasa), Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti telah sudi meluang masa bersama-sama peminat mayanya. Ini merupakan kali pertama Dato Seri Rohani Abdul Karim menemui secara berdepan penggiat media sosial serta wartawan.

"Meet My Netsterz" diadakan bagi mengenali pengikut menteri dan kementerian di laman sosial, sekali gus bertukar-tukar pandangan dan mendapatkan input bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kementerian kepada golongan sasaran.

Secara berseloroh Dato Seri Rohani memberitahu, kementeriannya merupakan pihak yang paling banyak menganjurkan hari-hari khas dalam institusi keluarga. Hari Ibu, Hari Bapa, Hari OKU, Hari Kanak-Kanak dan ada pula cadangan untuk Hari Datuk dan Nenek pula.



Di dalam pertemuan tersebut, Dato Seri Rohani bukan sekadar bermesra dengan mereka malahan menjawab setiap soalan yang ajukan kepadanya.

Di antara jawapan kepada soalan mereka adalah;

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak akan menambah bilangan Rumah Seri Kenangan iaitu rumah untuk orang-orang tua dan Rumah Kanak-Kanak yang diuruskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Pada masa ini terdapat 9 Rumah Seri Kenangan dan 12 Rumah Kanak-Kanak di seluruh negara, dan bilangan itu dianggap mencukupi.

Dato menjelaskan bahawa mereka ini sepatutnya berada dengan keluarga mereka. Apabila kementerian membuka lebih banyak pusat seperti ini, lebih ramai yang akan hantar keluarga mereka ke situ. Kementerian turut menguruskan beberapa institusi kebajikan lain termasuk Rumah Ehsan (dua), Desa Bina Diri (empat), Asrama Akhlak (10), Sekolah Tunas Bakti (sembilan), Taman Seri Puteri (empat), Taman Sinar Harapan (tujuh), Bengkel Daya (dua), Pusat Harian (satu), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (satu), Kompleks Penyayang (satu) dan Pusat Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang (tiga).

Kementerian juga menyasarkan untuk membuka 23 lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) tahun ini, bagi menyediakan kemudahan kepada warga emas termasuk yang tinggal bersendirian dan kesunyian bagi menjalani aktiviti sosial dan riadah bersama-sama masyarakat. Sehingga kini terdapat 22 PAWE seluruh negara melibatkan seramai 20,985 warga emas.

Berhubung masalah gelandangan pula, kementerian bertekad untuk menyelamatkan mereka daripada jalanan dan memberi motivasi untuk mereka menjadi manusia bermaruah. Ini termasuk menyediakan tempat tinggal, mencarikan pekerjaan yang sesuai serta mereka yang berkeluarga dihantar pulang kepada keluarga mereka.

Untuk anak-anak gelandangan pula, walaupun kementerian mempunyai kuasa untuk mengambil anak mereka namun seboleh mungkin tidak mahu memisahkan mereka dan sebab itulah mencuba menyediakan kediaman untuk seluruh keluarga.

Dato Seri Rohani juga berkongsi maklumat mengenai modus operandi sesetengah sindiket yang berselindung di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ‘merekrut’ penuntut tahfiz dari pendalaman Sabah dan Sarawak termasuk anak kaum Penan yang dipaksa meminta sedekah di kaki lima ibu kota Semenanjung Malaysia.

Kegiatan mereka telah dikesan oleh Jabatan Kebajikan semasa membuat operasi.

Menurut Dato Seri Rohani yang berasal dari Sarawak, masyarakat Sarawak pun payah untuk berjumpa orang Penan tetapi NGO ini boleh pujuk emak bapak Penan dan bawa anak-anak mereka ke Semenanjung untuk belajar tahfiz atau sekolah.
Sesetengah kanak-kanak yang JKM jumpa dihantar balik ke keluarga mereka. Diharap pihak berkuasa dan Jabatan Agama Sarawak mengambil tindakan.



Dato Seri Rohani sangat kesal mendengar aduan seorang aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mahu dikenali sebagai Anthony yang mendakwa kad OKU miliknya tidak diiktiraf oleh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Wangsa Maju baru-baru ini. Beliau seterusnya mahu maklumat lengkap mengenai kejadian itu dan mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan lanjut terhadap kakitangan JPJ terbabit.

Mereka frontliners yang sepatutnya tidak berbuat begitu tetapi dalam masa yang sama Dato Seri Rohani tidak menolak kemungkinan pegawai JPJ itu melakukan perkara di atas kapasiti peribadi atau masih belum memahami prosedur OKU di JPJ.


Di dalam majlis ini, bukan sahaja dihadiri menterinya tetapi pengarah dan pegawai kementerian juga turut hadir dan bermesra bersama-sama. Sebagaimana mesra dan ramahnya menteri mereka, begitu juga pegawai-pegawai kementerian.

Semoga perjumpaan seterusnya dapat diadakan lagi kerana kebanyakan yang hadir merasakan masa yang diberi tidak mencukupi dan sangat mencemburui mereka.