Showing posts with label gelandangan. Show all posts
Showing posts with label gelandangan. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

KEMISKINAN WARGA CANBERRA MEMBIMBANGKAN TERUTAMA WANITA


Menurut laporan terbaru ACT Shelter semakin ramai wanita warga emas yang tidak memiliki rumah dan harus hidup sebagai gelandang di jalanan di ibukota Australia, Canberra.

Ini adalah disebabkan secara umum, pendapatan warga emas wanita lebih rendah dan sering kali juga mereka terpaksa berhenti kerja karena harus melahirkan anak, dan ketika berpisah dari suami, mengakibatkan kedudukan kewangan mereka lebih buruk.

Laporan ACT Sheltter juga menulis oleh karena jumlah purata penduduk semakin bertambah di Australia, risiko gelandangan warga emas wanita untuk tidak memiliki tempat tinggal semakin besar karena mereka juga tidak mampu membayar sewa.

ACT Shelter melakukan kajian terhadap 76 wanita yang berusia di atas 45 tahun yang berisiko tidak memiliki tempat tinggal. 73 peratus dari mereka masih bekerja, dan 75 peratus telah tamat pengajian tinggi, namun mereka masih merasa bimbang akan situasi ekonomi mereka.

Kebanyakan diantara mereka memiliki jumlah tabungan bersara yang dikenali sebagai "super annuation" yang sedikit  dan 34 peratus di antara mereka mengatakan mereka tidak mungkin bergantung kepada tabungan ini karena tidak mencukupi menyara kehidupan mereka.

Laporan ini telah mencadangkan agar kerajaan Australia mengambil langkah lebih serius dan meningkatkan kesedaran akan masalah yang dihadapi para gelandangan warga emas wanita akan tempat tinggal. Mereka juga mencadangkan agar layanan khusus perumahan diberikan kepada mereka.


Satu lagi laporan dari Universiti Canberra menunjukkan satu dari 13 warganya adalah miskin. Ini adalah kerana taraf hidup di Canberra terlalu mahal untuk membiaya kehidupan harian dan ini telah mendorong harga sewa rumah melonjak tinggi.

Walaupun kerajaan Australia memberi subsidi kepada rakyatnya subsidi iaitu Centrelink, yang bertujuan untuk warganya yang menganggur atau berpendapatan rendah, namun  ia tidak mencukupi.

Canberra mencatat sebagai kota Australia dengan jumlah gelandangan yang paling tinggi, mencapai sehingga 1.785 orang.


Friday, July 11, 2014

SEBUAH BANGUNAN DI CHOW KIT SUPAYA GELANDANGAN TIDAK BERSEPAH



Beberapa unit dan tingkat di dalam sebuah bangunan di Chow Kit telah dikenal pasti sebagai lokasi untuk dijadikan rumah perlindungan buat golongan gelandangan di ibu kota. Itu adalah komitmen yang diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Bahagian bawah bangunan itu mungkin boleh dibuat perkhidmatan seperti rawatan kesihatan

Sementara itu, golongan gelandangan yang berusia 60 tahun ke atas ditempatkan di Rumah Seri Kenangan kendalian kementerian itu supaya senang dijaga.

Nasib kanak-kanak yang turut hidup sebagai gelandangan dengan ibu atau bapa mereka, nampaknya masalah ini agak sukar diatasi kerana terdapat kalangan ibu atau bapa yang enggan menyerahkan anak mereka untuk dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Walaupun pihakan JKM inginkan mereka meletakkan anak-anak mereka di bawah penjagaan pihak jabatan  untuk dijaga sementara mereka cari kerja namu ada ibu bapa yang tidak mahu berpisah, maka pihak Jabatan perlu ikut dan hormati kehendak mereka.

LAWATAN MENGEJUT @NajibRazak WAKTU MALAM...



Mencari rezeki di Ibukota adalah sasaran rakyat tetapi ada masalah yang dihadapi di sekitar ibukota iaitu masalah gelandangan dan pengemis...

Baru-baru ini, DS Najib telah turun padang ingin melihat dan mendengar dengan sendiri apa yang menjadi perbualan wargakota terutamanya dan rakyat umumnya.

Lawatan mengejut ini dilakukan di sekitar Jalan Tun Perak dan beliau yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.

Foto-foto lawatan mengejut Perdana Menteri boleh di dapati ... DI SINI 

Laporan lawatan DS Najib ... DI SINI

Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi jalan, termasuk di perhentian bas.


Monday, July 7, 2014

MENTERI @KPWKM PERTAHAN KENYATAAN KU NAN

Ini adalah penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengapa NGO-NGO tidak digalakkan campurtangan usaha kerajaan mengatasi masalah gelandangan di ibukota;


NGO-NGO Kebajikan diharap jangan merosakkan gelandangan dengan memberikan tempat tinggal dan makanan percuma kerana ia akan menggangu inisiatif kerajaan untuk merubah kumpulan ini agar boleh terima masyarakat nanti.

,  Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyatakan terdapat golongan gelandangan yang mendapat segalanya percuma dari bantuan NGO-NGO dan akibatnya enggan menjalani program pemulihan yang dianjurkan kerajaan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan.

Pihak kerajaan telah berusaha memberi gelandangan ini rumah kos rendah dan pekerjaan. Tetapi akibatnya mereka masih memilih untuk bergelandangan dan tidur di tepi jalan kerana bagi mereka ia lebih selesa dan enggan bekerja.

Walaupun ada di antara gelandangan ini yang terdesak, tetapi terdapat juga di antara mereka yang menganggap ini suatu kebiasaan dan inilah cara hidup mereka, pemikiran seperti ini perlu dihindarkan.

Kerajaan tidak mengatakan sumbangan NGO adalah salah tetapi makanan yang disalurkan perlu terus ke rumah-rumah kebajikan dan membantu gelandangan ini dipulih dan menjadi sebahagian dari masyarakat yang berguna.

Dato Rohani menerangankan melalui inisiatif Ops Qaseh, Kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah gelandangan hingga sifar dan hanya mampu tercapai dengan kerjasama masyarakat. Masyarakat perlu membuang tanggapan yang gelandangan ini tidak akan lagi dilayan dengan belas kasihan ketika operasi.


Adakalanya kerajaan perlu bertegas dalam melaksanakan undang-undang. Tetapi ini tidak bermakna pendekatannya adalah kasar.

Kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan mungkin nampak keras namun ini adalah salah satu cara mengatasi masalah gelandangan ibukota di mana sebenarnya kerajaan membantu mereka dengan memberi satu kehidupan baru.

Setiap derma perlu disalurkan terus kepada yayasan kebajikan dan institusi kebajikan yang berdaftar. Adakalanya, kebajikan disalahguna oleh sindiket pengemis yang berniat jahat. KPWKM sedang bekerjasama dengan kementerian dan penguatkuasa berkenaan yang lain menyediakan rumah mampu milik dalam usaha mengurangkan gelandangan ini.

Salah satu usaha kementerian ialah mencadangkan kepada majikan menyediakan asrama untuk pekerja-pekerjanya kerana memandangkan ada di antara gelandangan ini datang ke ibukota untuk mencari pekerjaan tetapi tidak mampu membayar sewa rumah atau bilik.

Dengan penjelasan Menteri KPWKM ini, sepatutnya kita tidak keruhkan lagi keadaan dengan mengambil kesempatan dan mempolitikkan isu tersebut. Seharusnya, kita sama-sama membantu gelandangan ini. 

Sebagai rakyat, dengar dulu penjelasan dan jangan terus menghukum. Tidak akan ada satu kerajaan pun yang ingin melihat rakyatnya teraniaya tetapi kita sebagai rakyat pula haruslah tidak membenarkan diri dari diperguna oleh kumpulan tertentu yang hanya ingin mengambil kesempatan politik murah dan raih populariti tetapi hakikatnya tiada usaha membantu merubah nasib gelandangan ini.

Wednesday, July 2, 2014

PEMBERI PEMINTA SEDEKAH DISAMAN, PEMINTA SEDEKAH PULA AKAN DIANGKUT

Peminta sedekah yang sering terdapat di ibu kota

Kita pasti pernah didatangi peminta sedekah di dalam pelbagai bentuk terutama ketika menjamu selera di gerai-gerai makanan. Peminta sedekah ini datang dalam pelbagai bentuk dan di antara yang paling popular ialah menghulur surat-surat palsu meminta derma.

Kebanyakan peminta sedekah di ibukota terutamanya adalah warga asing dan mereka ini rupa-rupanya menjalankan kegiatan yang dikawalselia oleh agen-agen tertentu.

Kegiatan meminta sedekah ini bukan saja mengganggu keselesaan kita tetapi telah mewujudkan pencemaran mata yang mengakibatkan kecacatan pemandangan indah ibukota kita. 

Paling menyedihkan apabila peminta-peminta sedekah ini mengumpan dan mengguna kanak-kanak, OKU dan warga emas sebagai umpan. 



Oleh itu, Menteri Wilayah Persekutuan telah mencadangkan satu akta bagi peminta sedekah di mana pemberi akan didenda dan peminta sedekah pula akan ditahan.

Keputusan itu diambil selepas mesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

Namun, gelandangan yang berada di ibu kota tidak akan terjejas tetapi kawasan mengagihkan makanan kepada mereka akan lebih tersusun dan lebih tertumpu.

Langkah-langkah dari pihak kerajaan yang diambil serius ini pasti akan diterima baik warga ibukota dan sebagai rakyat kita sepatutnya bekerjasama di dalam membentras bersama. 

Apa kata jika Kementerian mengadakan talian khas untuk kita sama-sama salurkan maklumat?