Mencari rezeki di Ibukota adalah sasaran rakyat tetapi ada masalah yang dihadapi di sekitar ibukota iaitu masalah gelandangan dan pengemis...
Baru-baru ini, DS Najib telah turun padang ingin melihat dan mendengar dengan sendiri apa yang menjadi perbualan wargakota terutamanya dan rakyat umumnya.
Lawatan mengejut ini dilakukan di sekitar Jalan Tun Perak dan beliau yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira
sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh
sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di
sekitar Bangunan Cahaya Suria.
Foto-foto lawatan mengejut Perdana Menteri boleh di dapati ... DI SINI
Laporan lawatan DS Najib ... DI SINI
Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa
untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi
jalan, termasuk di perhentian bas.
No comments:
Post a Comment