Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada
hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi
bersyukurlah…
Ujian itulah juga jalan untuk kita mengenal Allah. Allah
‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit,
Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah
perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita
hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi…
dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati
ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna
yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi
kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang
baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak
disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi
tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu.
Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian).
Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana
kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia.
Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang
melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”
Memiliki seorang suami juga adalah sebahagian daripada ujian Allah dan ramai isteri yang memiliki suami yang setia dan bertanggungjawab kerana;
Pertama kerana isteri tidak pernah tidur memalingkan mukanya dari suami;
Kedua apabila isteri terlalu ikhlas terhadap suaminya;
Ketiga istri redha dengan apa yang suami ada;
Keempat isteri merasakan suami adalah lelaki yang paling baik untuk dirinya;
Kelima isteri merasakan suami adalah lelaki yang sangat dihormatinya;
Keenam isteri menunaikan hak suami tanpa paksaan dan rungutan;
Ketujuh isteri memberikan menyediakan dan memenuhi segala kehendak dan keperluan rohani dan jasmani suami
Demikianlah ujian Allah untuk isteri yang redha...
No comments:
Post a Comment