Masih berbaki beberapa hari lagi umat Islam akan berpuasa sehingga tibanya Syawal dan menyambut Aidil Fitri.
Semakin hampir tamatnya Ramadhan, semakin sibuk rakyat Malaysia membuat persediaan dan semakin kurang yang akan berbuka puasa di rumah dan ada di antaranya yang akan mengambil keputusan berbuka puasa di luar.
Maka, kita akan dihidangkan di dada-dada akhbar atau di media sosial dan kaca tv promosi demi promosi berbuka puasa di hotel-hotel atau di restoran-restoran. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum peniaga terutama restoran-restoran yang bukan milik Melayu tidak akan ketinggalan menawarkan buffet berbuka puasa.
Turut menjadi perbualan hangat ialah
harga bufet Ramadan yang terlalu mahal dan kedegilan beberapa hotel yang
terus menawarkan bufet Ramadan walaupun tidak mempunyai sijil halal.
Ini juga bukanlah isu baharu di negara kita. Pendedahan demi pendedahan
oleh pihak berkuasa membuktikan masih ramai pengusaha dan pengeluar
makanan menyalahgunakan logo halal mahupun tidak memiliki sijil halal.
Akibatnya pengguna terutama umat Islam terus menjadi mangsa penipuan
pengusaha yang tamak, degil dan tidak bertanggungjawab.
Mengikut peraturan, premis makanan yang tiada sijil halal tetapi
menawarkan bufet Ramadan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal
Dagangan. Mengikut Akta perihal Dagangan, Perintah Perihal Dagangan
(Takrif Halal) 2001, pemilik perniagaan itu yang disabit kesalahan boleh
didenda sehingga RM5 juta
bagi pertubuhan perbadanan dan denda maksimum RM1 juta bagi individu.
Pesalah juga boleh disabitkan kesalahan mengikut Perakuan dan Penandaan
Halal akta yang sama, denda maksimum RM200,000 bagi pertubuhan
perbadanan, manakala denda maksimum RM100,000 bagi individu.
Jika perlu undang-undang dan akta dipinda supaya hukuman yang sedia ada dapat dipinda dan ditambah jika perlu agar memberi pengajaran kepada pihak yang masih memandang rendah kepada soal seperti ini.
Jika perlu undang-undang dan akta dipinda supaya hukuman yang sedia ada dapat dipinda dan ditambah jika perlu agar memberi pengajaran kepada pihak yang masih memandang rendah kepada soal seperti ini.
Malah, jika
perlu sebagai langkah serta-merta kita harap kerajaan boleh
mempertimbangkan untuk memberi kuasa kepada JAKIM atau pihak lain yang
bertanggungjawab seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan untuk menarik balik atau membatalkan lesen operasi
mereka. Kita perlu tunjuk keseriusan dan ketegasan agar pihak yang
tidak bertanggungjawab tidak mengulangi kesilapan.
Sebagai pengguna buatlah pilihan yang bijak dan rasional. Jangan terlalu mengikut nafsu hingga lalai dan leka dengan soal halal dan haram dalam aspek pemakanan kita.
Sebagai pengguna buatlah pilihan yang bijak dan rasional. Jangan terlalu mengikut nafsu hingga lalai dan leka dengan soal halal dan haram dalam aspek pemakanan kita.
Kesimpulannya, pengguna perlu bijak membuat
pilihan di samping mengharapkan peranan pihak berkuasa terutama dari
aspek pemantauan dan pemeriksaan yang kerap dan mengejut di samping
hukuman berat dilihat antara cara terbaik untuk menangani isu ini.
No comments:
Post a Comment