Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU dirawat sejak 21 Jun lalu selepas ditemui kurus kering
dan kebuluran di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, dekat sini.
Adik Firdaus dijangka akan keluar semalam, yang
sepatutnya dipindahkan ke Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah tetapi terpaksa ditangguhkan.
Mengikut Pengarah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Datuk Dr Jaafar Che
Mat, adik Firdaus perlu diberi rawatan pakar untuk
memastikannya dalam keadaan baik sebelum dipindahkan. Adik Firdaus telah diserang sawan dan demam panas dan hanya dibenarkan keluar hospital apabila kesihatannya terkawal.
Satu tarikh sesuai
akan dipilih untuk menempatkannya di rumah penjagaan JKM.
Terdahulu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah meluangkan selama setengah jam bersama adik Firdaus dan bersyukur melihat
keadaan Firdaus
yang kini bertambah baik ketika melawat remaja berkenaan di Hospital
Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
No comments:
Post a Comment