Peminta sedekah yang sering terdapat di ibu kota |
Kita pasti pernah didatangi peminta sedekah di dalam pelbagai bentuk terutama ketika menjamu selera di gerai-gerai makanan. Peminta sedekah ini datang dalam pelbagai bentuk dan di antara yang paling popular ialah menghulur surat-surat palsu meminta derma.
Kebanyakan peminta sedekah di ibukota terutamanya adalah warga asing dan mereka ini rupa-rupanya menjalankan kegiatan yang dikawalselia oleh agen-agen tertentu.
Kegiatan meminta sedekah ini bukan saja mengganggu keselesaan kita tetapi telah mewujudkan pencemaran mata yang mengakibatkan kecacatan pemandangan indah ibukota kita.
Paling menyedihkan apabila peminta-peminta sedekah ini mengumpan dan mengguna kanak-kanak, OKU dan warga emas sebagai umpan.
Oleh itu, Menteri Wilayah Persekutuan telah mencadangkan satu akta bagi peminta sedekah di mana pemberi akan didenda dan peminta sedekah pula akan ditahan.
Keputusan itu diambil selepas mesyuarat dengan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang
antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
Namun, gelandangan yang berada di ibu kota tidak akan terjejas tetapi kawasan mengagihkan makanan kepada mereka akan lebih tersusun dan lebih tertumpu.
Langkah-langkah dari pihak kerajaan yang diambil serius ini pasti akan diterima baik warga ibukota dan sebagai rakyat kita sepatutnya bekerjasama di dalam membentras bersama.
Apa kata jika Kementerian mengadakan talian khas untuk kita sama-sama salurkan maklumat?
No comments:
Post a Comment