Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita PKR |
Apabila seorang lelaki cuba mencabar dan memperlekeh seorang wanita, itu menunjukkan mereka tercabar dengan kewibaan kaum hawa dan ia normal. Tetapi apabila seorang wanita cuba memperlekeh seorang wanita lain, ini bukan sesuatu yang normal kerana sepatutnya beliau bangga.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang menyifatkan pencalonan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil Kajang akan datang. YB Zuraida juga memberi alasan bahawa MCA hanya akan meletakkan calon lelaki jika ia akan membawa kemenangan.
Pada Zuraida, ia berbeza dengan calon yang diletakkan di pilihanraya kecil Kajang yang akan datang di mana MCA telah menamakan Datik Paduka Chew Mei Fun sebagai calonnya dan sekiranya BN kalah maka DP Mei Fun akan dipersalahkan nanti.
Jika YB Zuraida ingin bermain politik, pihak yang bertanding juga boleh bermain politik di mana kita ketahui pengundi wanita di Kajang terdiri daripada 60% dan pengundi wanita selalunya adalah pengundi setia yang akan beratur dan menunggu giliran mereka melaksanakan tanggungjawab di hari mengundi.
Mungkin pihak PKR telah mula rasa tercabar kerana calon yang diletak MCA adalah seorang wanita yang telah mempunyai rekod berkhidmat di peringkat kerajaan dan pernah memenangi pilihanraya.
Di antara calon wanita yang diletak BN dan PKR pula ialah seorang lelaki dan 60% pula adalah pengundi wanita, pasti kencenderungan untuk diberi undi adalah kepada calon wanita.
Dengan faktor kelebihan yang ada pada calon BN, maka Zuraida menggunakan strategi yang agak 'sexist' untuk kepentingan parti politik mereka yang sempit.
Seorang wakil rakyat atau ahli Parlimen yang bagus tidak terletak pada gender seseorang tetapi letak kepada SEGALA YANG DIKATA, PASTI DIKOTA...
No comments:
Post a Comment