Tuesday, March 4, 2014

SINONIM DENGAN GELARAN #COMEYFUN

Rupa-rupanya dalam menemui rakyat Kajang untuk menjengok sokongan kepada calon BN di Pilihanraya Kecil DUN Kajang ini, Datin Paduka Chew Mei Fun telah berjaya menambat hati mereka sehingga ada di antara mereka telah memberi gelaran 'Comel Fun'.

Apabila dilihat pada susuk tubuhnya yang kecil dan raut wajahnya yang comel, maka calon wanita ini dengan mudah mendapat perhatian ke mana saja beliau berada terutama di kalangan wanita.

Beberapa penggiat sosial telah mengambil kesempatan ini, melakar beberapa gambar kartun berikut;


... dan mewujudkan kempen di Twitter dengan #ComeyFun

Walaupun calon BN ini seorang yang wanita yang fizikalnya agak kecil, namun jika dilihat pada sejarah dan maklumat peribadinya yang pernah mewakili rakyat Petaling Jaya di Parlimen, kita pasti akan teringat simpulan bahasa... KECIL-KECIL CILI PADI

Malahan, Timbalan Perdana Menteri juga telah menyatakan keyakinan dengan kewibawaan Mei Fun kerana pengalamannya serta keberaniannya menentang sesiapa sahaja termasuk Anwar Ibrahim seperti yang ditulis DI SINI

Dengan gelaran yang diberikan sebagai 'ComeyFun', nampaknya ia sebagai satu petanda awal yang sangat baik kepada DP Mei Fun merebut semula kerusi DUN Kajang dan yang pasti calon BN ini tidak akan dengan mudahnya memberi laluan kepada siapa saja penentangnya.

No comments:

Post a Comment