Friday, June 27, 2014

DATIN PADUKA @CHEWMEIFUN DILANTIK SEMULA SEBAGAI TIMBALAN MENTERI @KPWKM



Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Ia merupakan pelantikan semula beliau sebagai Senator untuk penggal kedua dan akan akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelantikan Chew sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain penyertaan beberapa anggota MCA dan Parti Gerakan dalam Kabinet. 

Chew, ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas kepercayaan yang telah diberikan. 

Dengan pelantikan sebagai Senator, serta pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, merupakan platform terbaik baginya untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara dan menjamin keharmonian kaum secara lebih berkesan.

Apapun, tahniah kepada  YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun  di atas perlantikan tersebut.


No comments:

Post a Comment