Ini adalah kucing
jantan yang diberi nama Louis Vuitton atau LV dari spesis "Maine Coon"
yang bentuknya agak besar dan panjang daripada kucing biasa.
LV akan
menjadi Kucing Diraja apabila dia diserahkan kepada Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan
Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun pada
hari Sabtu ini nanti.
LV akan dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim
dan Tuanku Hajah Haminah sebagai cenderahati istemewa daripada Kelab
Kucing Malaysia dan Perbadanan Putrajaya sewaktu Tuanku merasmikan
Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (FLORIA Putrajaya) pada 14 Jun
2014.
Menurut En Khalid
Rashid yang merupakan Presiden Kelab Kucing Malaysia, LV dibawa masuk
ke Malaysia daripada Republik Estonia pada September 2003. LV dijaga
sendiri oleh En Khalid bagi memastikan iannya sihat dan tidak
berpenyakit sebelum dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Bertuah LV dapat menjadi Kucing Diraja.
Adakah LV sebesar ini? |
Kucing ini dipanggil Maine Coon kerana iannya mula ditemui di Pantai
Timur Maine, Amerika Utara manakala Coon berasal dari raccoon. Main Coon merupakan kucing baka besar dan ada kucing
jantan yang beratnya mencecah hingga 10kg. Asal usul kucing ini tidak diketahui
tetapi ada cerita dongeng mengenai kehadirannya di Amerika. Dikatakan Queen
Marie Antoinette dari Perancis dalam cubaannya melarikan diri dari hukuman
bunuh telah meminta bantuan Captain Samuel Clough untuk melarikan diri menggunakan
kapal layar. Baginda telah meletakkan harta-harta baginda kedalam kapal berkenaan
termasuklah kucing berbulu panjang.
Walau bagaimanapun baginda gagal dalam cubaan melarikan diri dan kapal berkenaan telah selamat sampai ke
Wiscasset, Maine, Amerika termasuklah kucing-kucing tersebut. Harga
kucing ini agak mahal dipasaran iaitu RM1,000.00 hingga RM5,500.00 seekor.
FLORIA Putrajaya
2014 akan berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dan dibuka untuk
kunjungan orang ramai mulai jam 09:00hrs hingga 20:30hrs dari hari Isnin
hingga Khamis manakala dari hari Jumaat hingga Ahad iannya dibuka
bermula jam 09:00hrs hingga jam 00:00hrs. Bayaran RM3.00 untuk orang
dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak manakala bagi murid atau pelajar
yang memakai pakaian seragan sekolah, masuk adalah percuma.
Ini adalah
penyertaan pertama kali Kelab Kucing Malaysia (KKM) dalam FLORIA
Putrajaya semenjak iannya diadakan tujuh tahun lepas. KKM akan
mengadakan pameran dan pertandingan kucing antarabangsa sempena FLORIA
Putrajaya yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kucing bulu panjang
dan kucing bulu pendek. Selain daripada itu KMM akan mengadakan
pertandingan menghias sangkar kucing, meniru suara dan aksi kucing,
kenduri makan kucing dan pertunjukan fesyen kucing.
Apa lagi ditunggu
.............jom kita bawa keluarga atau teman-teman kita ke FLORIA
Putrajaya 2014 dan menyaksikan sendiri LV dalam Pameran Kucing Khas
Diraja sempena hari pertama perasmian FLORIA Putrajaya 2014.
No comments:
Post a Comment