Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain dan tidak bukan ialah
kaum wanita, mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan dan keasyikkan.
Kelembutan, kecantikan dan kebaikan mereka selalu di dambakan oleh kaum
lelaki kerana mereka ialah mahluk ciptaan Allah swt yang istimewa.
Islam menetapkan seseorang manusia itu sebagai wanita apabila dia
memiliki 2 sifat, iaitu mempunyai sifat fizikal sebagai wanita seperti
mempunyai kemaluan wanita, buah dada serta lain-lain yang seumpamanya
(hormon dan lain-lain) setelah dilahirkan (secara asal, bukan melalui
pembedahan plastik atau pemasangan alat tiruan) dan kerana itu Islam
melarang penyerupaan wajah atau perilaku di antara kedua-dua jantina
tersebut.
Sabda rasulullah ; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga melaknat wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Dawud (4098); and Ahmad 2/325; dan Ibn Hibban (1904); dan lain-lain)
Manakala sifat yang kedua bukti seseorang itu merupakan wanita ialah apabila dia di datangi haid setelah baligh.

Islam tidak memasukkan faktor perasaan dan kehendak hati sebagai
pertimbangan untuk menetapkan jantina manusia dan hal ini merupakan
penolakkan kepada golongan yang ingin menukar jantina mereka dengan
alasan bahawa naluri mereka kononnya tidak bersama dengan jantina yang
dimiliki.
Seorang yang memiliki sifat lelaki, sekalipun beliau mendakwa mempunyai naluri dan perasaan kewanitaan tetap tidak boleh menukar jantinanya di sisi Islam kerana perasaan, dorongan hati hanyalah permainan syaitan yang berlegar di ruang minda manusia semenjak kecil dan ramai yang terjebak oleh permainan hati dan perasaan yang dipandu oleh syaitan ini.
Mereka terpedaya, kononnya jiwa mereka terperangkap di dalam jasad yang salah sekaligus telah membuatkan mereka jatuh kufur dan murtad daripada agama apabila mendakwa tuhan tidak berlaku adil, tuhan tersilap di dalam meletakkan jiwa mereka dan tuhan sebenarnya tercuai di dalam pengawasannya terhadap kelahiran mereka apabila dikeluarkan ke muka bumi melalui jasad yang salah.

Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini
menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman
damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada
menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum
dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga.
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14)
Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki.
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) : “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70)
Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari.

Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan
impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut.
Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat
penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.
No comments:
Post a Comment