Saturday, June 28, 2014

BEKAS MODEL PLAYBOY BERSEDIA MEMELUK ISLAM

Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.

Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.

‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam. Namun, tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam. 

Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama. Felixia turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.

Keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya. Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.

Perbezaannya kini, beliau tahu Allah berada di sisi dan berdoa untuk diberikan kekuatan, kelapangan dan kesabaran menempuhi dugaan‎.

Namun jelitawan itu enggan mendedahkan tempat yang dipilih untuk beliau melafazkan kalimah syahadah dan nama Islamnya juga akan diumumkan kemudian.

Mengakui begitu teruja kerana pertama kali berpeluang merasai pengalaman berpuasa, Felixia berkata dia sudah bersedia menempuhi cabaran selama 30 hari itu. Teruja pada masa yang sama berdebar-debar. Beliau berharap mampu untuk berpuasa penuh sambil menyifatkan ia sebuah cabaran kerana mengalami sakit gastrik, tetapi akan belajar bagaimana untuk mengatasinya.

Seperti umat Islam lain, Felixia berkata beliau sudah membeli buah kurma sebagai persediaan puasa cuma terdapat perkara seperti penyediaan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka yang perlu diuruskan kerana beliau tinggal seorang.

Felixia telah diusik dengan soalan nakal seperti ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami. Felixia mencari seorang lelaki beriman yang dapat membimbingnya ke syurga dan yang pasti sayanginya dan Allah memandangkan beliau adalah mualaf selepas masuk Islam dan perlu bimbingan serta kuat dalam membantunya.

No comments:

Post a Comment