Seringkali kita menerima teks SMS atau melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram dari rakan, kenalan ataupun saudara mara yang disalin dari entah mana puncanya. Baru-baru ini, teks tersebut telah tersebar luas;
Attention !
VAN PUTIH PLATE THAILAND sedang berkeliaran di kawasan Selangor , selalu nye mereka akan menculik kanak² untuk dijadikan mangsa organ .
kami dari polis diraja malaysia ....akan membuat operasi besar-besaran dikawasan selangor terumanya di daerah sabak bernam...tolong sebar kn secepat yg mungkin...
Kita bernasib baik apabila pihak PDRM telah membuat kenyataan berikut;
Walaubagaimanapun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga. Mungkin sebaran sms tidak betul dan bukan dari pihak polis. Namun modus operandi sindiket jual budak ke luar negara mungkin wujud. Oleh itu bagi menjaga hubungan diplomasi 2 negara, kita berhati-hati saja dan berwaspada.
Satu lagi pesanan yang sedang tersebar luas di terima;
PENAFIAN BERHUBUNG JENAMA 'KNORR'
Merujuk kepada sebaran gambar "pork bruth cubes" jenama KNORR yang diterima melalui media-media sosial, JAKIM ingin menegaskan bahawa produk berkenaan adalah produk yang dikilangkan di luar negara dan tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM atau mana-mana Badan Islam di luar negara.Kilang Unilever of Malaysia mendapat persijilan halal Malaysia yang hanya mengeluarkan produk halal sahaja.Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung samada terus kepada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (03-22462188 atau JAKIM 03-88925847/5848) berhubung isu di atas.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
Bahagian Hub Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
20 Syaaban 1435/18 Jun 2014
Oleh itu, sebelum menerima bulat-bulat sebaran SMS, jadikanlah amalan merujuk kepada pihak atau agensi yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment