Thursday, June 26, 2014

XING XING SI JANTAN DAN LIANG LIANG SI BETINA



Nampaknya 2 ekor panda gergasi yang dipinjamkan kepada Malaysia semakin selesa berada di rumah barunya.

Fu Wa dan Feng Yi iaitu pasangan panda yang menjadi ikon hubungan antara Malaysia dengan China kini diberikan nama Malaysia oleh Perdana Menteri kita iaitu Xing Xing si jantan yang bermakna kemakmuran dan Liang Liang si betina yang bawa maksud cantik.

Kedua-dua nama tersebut dipilih daripada lebih 2,000 nama yang dicadangkan hasil Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Negara kita adalah di antara 14 negara bertuah di dunia ini yang menerima panda dari China bagi melambangkan keakraban hubungan kedua-dua buah negara dan nilai dagangannya kini meningkat berjumlah lebih RM341.77 bilion. 

Sekaligus orang ramai kini dilihat semakin menunjukkan minat untuk mengunjungi Zoo Negara selepas mengetahui kehadiran pasangan panda gergasi itu.

Penubuhan Pusat Konservasi Giant Panda bagi menempatkan Xing Xing dan Liang Liang selama 10 tahun di negara ini dibiayai kerajaan sebanyak RM10 juta manakala bakinya RM15 juta disumbang Yayasan 1Malaysia Development Berhad.

Kepada yang berminat untuk melihat keletah Xing Xing dan Liang Liang, harga tiket adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment