Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

XING XING SI JANTAN DAN LIANG LIANG SI BETINA



Nampaknya 2 ekor panda gergasi yang dipinjamkan kepada Malaysia semakin selesa berada di rumah barunya.

Fu Wa dan Feng Yi iaitu pasangan panda yang menjadi ikon hubungan antara Malaysia dengan China kini diberikan nama Malaysia oleh Perdana Menteri kita iaitu Xing Xing si jantan yang bermakna kemakmuran dan Liang Liang si betina yang bawa maksud cantik.

Kedua-dua nama tersebut dipilih daripada lebih 2,000 nama yang dicadangkan hasil Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Negara kita adalah di antara 14 negara bertuah di dunia ini yang menerima panda dari China bagi melambangkan keakraban hubungan kedua-dua buah negara dan nilai dagangannya kini meningkat berjumlah lebih RM341.77 bilion. 

Sekaligus orang ramai kini dilihat semakin menunjukkan minat untuk mengunjungi Zoo Negara selepas mengetahui kehadiran pasangan panda gergasi itu.

Penubuhan Pusat Konservasi Giant Panda bagi menempatkan Xing Xing dan Liang Liang selama 10 tahun di negara ini dibiayai kerajaan sebanyak RM10 juta manakala bakinya RM15 juta disumbang Yayasan 1Malaysia Development Berhad.

Kepada yang berminat untuk melihat keletah Xing Xing dan Liang Liang, harga tiket adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Thursday, June 19, 2014

IBU 90 TAHUN DIKURUNG ANAK-ANAKNYA




Xiaoming Tsui dibantu untuk memberihkan diri selepas hampir sebulan dalam kurungan tanpa sebarang makanan

Seorang ibu berusia 90 tahun telah dikurung oleh anak-anaknya sendiri dengan niat dibiarkan mati kebuluran. Kejadian yang berlaku di negara China ini, telah mendapat perhatian dunia.

Xiaoming Tsui telah dikurung oleh anak-anaknya selama sebulan dan hanya bergantung kepada ehsan jiran-jiran beliau dengan mencampakkan makanan melalui tingkap setelah anak-anaknya tiada. Oleh kerana tidak sanggup melihat keadaan Xiaoming, mereka telah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Akhirnya polis berjaya pecah masuk untuk membebaskan beliau. Perkataan pertama yang diucapakan ibu ini ialah,  'Tolonglah, beri saya makan, berilah saya makan.' Xiaoming telah jatuh sakit dan menyebabkan anak-anaknya berasa bosan menjaga beliau.

Walaubagaimanapun, anak perempuan dan anak lelakinya telah ditahan di atas tuduhan cubaan dan niat membunuh ibunya di dalam bilik berkunci.

Rasanya perkara sebegini tidak akan berlaku di Malaysia kerana kita dididik menyayangi ibu kita hingga akhir hayatnya. Benarlah kata-kata yang kita dengar... seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anaknya belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Kejadian di atas adalah pengajaran kepada kita agar walau apa pun keadaan ibu kita... dia tetap ibu kita.


Thursday, June 5, 2014

WANITA CHINA INI DULU PETANI KINI MENGARAH FILEM



Sekiranya kita melayari google untuk mencari maklumat mengenai wanita luarbandar di China, yang pasti kebanyakan laporan mengenai wanita luarbandar di China akan dikaitkan dengan kejadian membunuh diri dan racun.

Ini tidak memeranjatkan kerana kebanyakan wanita luar bandar di China adalah petani dan racun lalang atau pertanian memang mudah didapati. Faktor utama yang menyebabkan kematian berkait rapat dengan tekanan hidup dan perkahwinan di usia muda. Mangsa kejadian membunuh diri juga mendapati golongan remaja perempuan yang paling ramai.

Namun, bagi wanita yang berumur 38 tahun ini yang berasal dari pendalaman China tidak ingin mengaku kalah kepada tradisi kehidupan. Oleh kerana bakat dan minatnya menulis cerita dan skrip, beliau telah berusaha bangkit dari kesusahan hidupnya. Kini beliau telah pun menerbit filemnya sendiri yang berkisar mengenai kehidupan dirinya.

Berikut adalah mengenainya yang diterbitkan oleh China View untuk sama-sama kita jadikan tauladan dan inspirasi;