Showing posts with label Panda. Show all posts
Showing posts with label Panda. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

XING XING SI JANTAN DAN LIANG LIANG SI BETINA



Nampaknya 2 ekor panda gergasi yang dipinjamkan kepada Malaysia semakin selesa berada di rumah barunya.

Fu Wa dan Feng Yi iaitu pasangan panda yang menjadi ikon hubungan antara Malaysia dengan China kini diberikan nama Malaysia oleh Perdana Menteri kita iaitu Xing Xing si jantan yang bermakna kemakmuran dan Liang Liang si betina yang bawa maksud cantik.

Kedua-dua nama tersebut dipilih daripada lebih 2,000 nama yang dicadangkan hasil Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Negara kita adalah di antara 14 negara bertuah di dunia ini yang menerima panda dari China bagi melambangkan keakraban hubungan kedua-dua buah negara dan nilai dagangannya kini meningkat berjumlah lebih RM341.77 bilion. 

Sekaligus orang ramai kini dilihat semakin menunjukkan minat untuk mengunjungi Zoo Negara selepas mengetahui kehadiran pasangan panda gergasi itu.

Penubuhan Pusat Konservasi Giant Panda bagi menempatkan Xing Xing dan Liang Liang selama 10 tahun di negara ini dibiayai kerajaan sebanyak RM10 juta manakala bakinya RM15 juta disumbang Yayasan 1Malaysia Development Berhad.

Kepada yang berminat untuk melihat keletah Xing Xing dan Liang Liang, harga tiket adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Tuesday, May 27, 2014

KENALI PANDA FENG YI DAN FU WA


SELAMAT DATANG FU WA DAN FENG YI

Fu Wa adalah si panda jantan dan Feng Yi pula si betina.

Setelah menaiki penerbangan 4 jam dari Chengdu ke Malaysia, pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi mula menyesuaikan diri di penempatan baru mereka di Zoo Negara. Kedua-dua beruang ini dijangka kembali aktif dan kebiasaannya mengambil masa 24 jam untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Setibanya di kuarantin Zoo Negara Fu Wa yang pada kebiasaannya suka memakan buluh tetapi telah bertukar selera kepada rebung pula.


Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan ke Malaysia merupakan haiwan berprofil tinggi yang pernah dipilih sebagai salah satu ikon Sukan Olimpik Beijing pada 2008 dan merupakan pengembara berpengalaman yang pernah mendiami beberapa zoo dan pusat-pusat pemuliharaan panda di seluruh China.

Dilahirkan pada hari dan tahun yang sama, kedua Fu Wa dan Feng Yi membesar di pusat pemuliharaan panda di Wolong, Sichuan, China.



Panda jantan, Fu Wa yang bermaksud 'Anak Patung Bertuah' lebih ceria dan aktif manakala panda betina, Feng Yi atau maksud namanya 'Burung Jentayu Yang Cantik' lebih suka bersantai.

Perwatakan Fu Wa boleh mendengar arahan dan mudah faham arahan dengan cepat, malahan dia agak mesra dengan penjaganya. Feng Yi pula agak lambat mendengar arahan kerana sikapnya yang gemar relaks.

Walaupun kelihatan sama tetapi sebenarnya Fu Wa dan Feng Yi mempunyai perbezaan yang ketara. Perbezaan Fu Wa panda jantan nampak pada mukanya terdapat tompok mata berbentuk nombor lapan dan dahi dia agak lebar dan bulat. Feng Yi pula mempunyai hidung kecil dan memanjang.

Panda disifatkan sebagai simbol penting persahabatan dan ia hanya boleh dijumpai di China. Hanya negara yang dianggap sahabat dipinjamkan haiwan yang cukup istimewa itu sebagai simbolik keakraban kedua negara.

Apabila panda ini dihantar ke Malaysia ini sebeanrnya satu simbol bahawa hubungan kerajaan itu tidak pernah jejas sama sekali di mana isu MH370 bukanlah isu sejarah hitam dan hubungan itu terus berjalan dalam hal ini. 

Peminjaman panda gergasi kepada zoo luar negara oleh China diamalkan sejak 1970-an dan ia menandakan pertukaran budaya antara China dengan negara-negara yang mempunyai jalinan diplomatik.