Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kisah anak OKU dikurung ibunya ... baca DI SINI
Kini menteri berkenaan, Dato Sri Rohani Abdul Karim dengan pantas telah mengambil tindakan menyelamatkan keadaan anak malang itu. Tahniah kepada menteri dan juga kementeriannya.
Siasatan awal mendapati ibu remaja itu yang mengaku berasal dari Sabah dan telah berpisah menafikan yag anaknya dikurung dan diabaikan.
Benarkah anaknya tidak dikurung dan diabaikan? Jika kita lihat keadaan bilik yang kotor dan jijik yang dipenuhi sampah dan najis semasa anak ini dijumpa dan bilik yang berkunci, apakah kenyataan si ibu boleh dipercayai? Atau si ibu sedang mengelak dari ditahan pihak berkuasa?
Tiba masanya cadangan meminda Akta
Kanak-kanak 2001 perlu diluluskan segera
sebagai satu langkah proaktif dalam membendung kes-kes melibatkan
kecuaian ibu bapa terhadap penjagaan anak mereka sehingga menyebabkan
kehilangan atau kematian.
Pindaan ini akan memberi ruang kepada pelaksanaan undang-undang ketat
kepada mana-mana ibu bapa atau penjaga yang cuai ketika mengendalikan
anak-anak mereka. Kita melihat cadangan ini bersesuaian dengan usaha mengurangkan
kadar kemalangan atau kes jenayah berkaitan yang menjadikan kanak-kanak
sebagai mangsa keadaan seperti yang disiarkan di media massa, misalnya
meninggalkan anak di dalam kereta atau berseorangan di rumah.
Di dalam pindaan ini, beberapa
denda atau tindakan tambahan bakal dikenakan terhadap ibu bapa yang cuai
seperti melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat, kursus keibubapaan
dan kaunseling. Tujuannya bukanlah untuk menghukum, tetapi cuba memastikan kanak-kanak diberi
penjagaan, kasih sayang dan layanan yang setimpal.
Kepada ibubapa yang tidak mampu menjaga dan membela anak-anak OKU, silalah ikut nasihat menteri agar diserahkan anak-anak itu kepada pihak JKM. Mereka berhak mendapat kehidupuan yang selamat dan selesa serta mereka tidak pernah minta untuk dilahirkan cacat sedemikian.
Kepada rakyat Malaysia, terima kasih kerana berjaya menjadi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ibu-remaja-oku-yang-dikurung-bersama-sampah-dan-najis-diberkas-38158?cp
No comments:
Post a Comment