Showing posts with label SMS. Show all posts
Showing posts with label SMS. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

HAK ISTERI DAN HAK WANITA DICEROBOH



SENARIO PERTAMA; 
Suami suka menyelongkar barang-barang peribadi semasa ketiadaan isteri. Suami juga kerap membuka dan membaca pesanan dalam telefon bimbit isterinya.

PERSOALANNYA;
Adakah suami boleh mencerobohi hak peribadi isteri?

Wanita perlu perlindungan yang sama atau lebih dari lelaki kerana fitrah wanita yang diciptaNya lebih lemah dari lelaki. Atas alasan memberi perlindunganlah menyebabkan para lelaki terutama yang bergelar suami merasakan mereka berhak ke atas apa saja yang berkaitan isteri mereka.

Dari sudut agama, menceroboh hak peribadi seseorang adalah suatu kesalahan walaupun antara pasangan suami isteri. Firman Allah swt dalam Surah Al-Hujuraat Ayat 12;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganalah setengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya  Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Ayat ini jelas menyatakan bahawa perbuatan mengintip, menyelongkar dan sebarang perbuatan yang dilakukan dengan bukan haknya adalah dilarang.

Islam memang menjaga hak peribadai setiap orang. Bukanlah dengan menjadi suami isteri, automatik menghalalkan semua perkara untuk dilakukan suami terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya.


SENARIO KEDUA;
Dalam satu kes di Segambut, seorang lelaki 45 tahun di dakwa menghantar pesanan ringkas (SMS) tidak sopan mengajak kenalan wanitanya berumut 23 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh melalui telefon bimbit.
PERSOALANNYA;
Apakah menghantar mesej lucah juga dikatakan suatu kesalahan?

Dari sudut perundangan pula, seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 hanya memperuntukkan denda sangat kecil iaitu tidak melebihi RM100 terhadap kesalahan mencabul hak peribadi.

Denda ini tidak pernah dinaikkan meskipun telah hampir 59 tahun telah wujud. Sepatutnyalah bukan saja jumlah denda dinaikkan tetapi hukuman penjara yang lebih berat perlu ada mengikut seksyen 14 akta itu.

Undang-Undang yang ada sekarang tidak memadai untuk melindungi hak peribadi sehingga kita sendiri harus mengambil tanggungjawab untuk menghentikan penyebaran atau pencerobohan ke atas hak peribadi kita.

SENARIO KEDUA;
Dalam kes Lilian Therera de Costa lawan Mejar (B) Zulkiftli Mokti, defendan telah meraba dan mencium plaintif semasa plaintif berada di biliknya. Defendan juga telah memeluk dan meraba payu dara plaintif semasa plaintif berada di dapur pejabat defendan. Dalam kes ini plaintif telah tidak datang bekerja kerana diganggu dan ketidakhadirannya menyebabkan dia dibuang kerja.

PERSOALANNYA;
Gangguan seksual adalah satu kesalahan. Apakah ia juga bentuk pencerobohan peribadi?

Plaintif telah membawa kesnya ke Mahkamah Perusahaan dan ia adalah satu pengiktirafan bahawa gangguan seksual adalah satu kesalahan walaupun bukan satu jenayah di bawahKanun Keseksaan.

Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa perbuatan defendan terhadap palintif adalah satu gangguan seksual dan pemecatannya adalah salah di sisi undang-undang.

Malaysia masih belum ada Akta Peribadi khusus untuk melindungi kegiatan peribadi. Walaupun banyak undang-undang yang adil mengenai hak wanita digubal, ramai  wanita  tidak mengetahuinya.

Wanita perlu diberitahu mengenai hak-hak mereka serta diberi ruang supaya mereka mudahmendapatkan hak-hak mereka.

Penting setiap undang-undang yang ada dapat  memberi kesan yang lebih jelas kepadamasyarakat . Lebih penting kita menghormati hak peribadi masing-masing dan jadikan ini satubudaya yang sihat, dan seterusnya membentuk masyarakat yang harmoni.

Friday, June 20, 2014

JANGAN MUDAH PERCAYA SEBARAN SMS

Seringkali kita menerima teks SMS atau melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram dari rakan, kenalan ataupun saudara mara yang disalin dari entah mana puncanya. Baru-baru ini, teks tersebut telah tersebar luas;

Attention !
VAN PUTIH PLATE THAILAND sedang berkeliaran di kawasan Selangor , selalu nye mereka akan menculik kanak² untuk dijadikan mangsa organ .
kami dari polis diraja malaysia ....akan membuat operasi besar-besaran dikawasan selangor terumanya di daerah sabak bernam...tolong sebar kn secepat yg mungkin...

Kita bernasib baik apabila pihak PDRM telah membuat kenyataan berikut;



Walaubagaimanapun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga. Mungkin sebaran sms tidak betul dan bukan dari pihak polis. Namun modus operandi sindiket jual budak ke luar negara mungkin wujud. Oleh itu bagi menjaga hubungan diplomasi 2 negara, kita berhati-hati saja dan berwaspada.

Satu lagi pesanan yang sedang tersebar luas di terima;



PENAFIAN BERHUBUNG JENAMA 'KNORR'

Merujuk kepada sebaran gambar "pork bruth cubes" jenama KNORR yang diterima melalui media-media sosial, JAKIM ingin menegaskan bahawa produk berkenaan adalah produk yang dikilangkan di luar negara dan tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM atau mana-mana Badan Islam di luar negara. 

Kilang Unilever of Malaysia mendapat persijilan halal Malaysia yang hanya mengeluarkan produk halal sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung samada terus kepada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (03-22462188 atau JAKIM 03-88925847/5848) berhubung isu di atas.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
Bahagian Hub Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
20 Syaaban 1435/18 Jun 2014
 Oleh itu, sebelum menerima bulat-bulat sebaran SMS, jadikanlah amalan merujuk kepada pihak atau agensi yang bertanggungjawab.