Showing posts with label JAKIM. Show all posts
Showing posts with label JAKIM. Show all posts

Friday, July 11, 2014

MUFFIN MASSIMO .... ADA KERAGUAN? @JakimOfficial



Packagingnya menarik dan pasti rasanya pun sedap, namun...


... dan terdapat tanda halal pula.

Muffin ini boleh dimakan sehingga 14 Ogos 2014. Jika berpandukan tarikh yang tertulis di pembungkusan tarikh pengeluaran ialah 14 Jun (tahun tiada), oleh itu muffin ini boleh bertahan sehingga 2 bulan.

Apakah benar terdapat muffin yang boleh bertahan sehingga 2 bulan?

Apakah bahan yang digunakan sehingga boleh bertahan 2 bulan?

Pihak Kementerian Kesihatan perlu siasat dan pihak JAKIM juga perlu siasat kerana terdapat label halal...

Hati-hati apabila membeli sesuatu makanan yang dibungkus!


Friday, June 20, 2014

CADBURRY ADALAH HALAL TETAPI TELAH DISENSASIKAN



Pihak JAKIM telah tampil membuat kenyataan di dalam satu sesi penerangan yang dianjurkan MyKMU bagi meyakinkan rakyat terhadap sijil halal yang dikeluarkan mereka.

Di antara kenyataan dari pihak JAKIM adalah;
... sistem pensijilan halal JAKIM juga meletakkan syarat agar pengilang sekian sejumlah pekerja beragama Islam dalam tiap-tiap syif dan “workstations” demi untuk memastikan keluhuran perlaksanaan sistem. Ia juga bertindak sebagai meminimakan unsur-unsur sabotaj. Sebagai pekerja Islam, tentunya mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan sijil halal yang dianugerahkan kepada majikan mereka terpelihara kerana bukan sahaja mereka harus menjawab kepada majikan atau JAKIM sekiranya sesuatu berlaku, malah mereka juga perlu menjawab di hadapan Allah apabila sampai waktunya.
Pensijilan halal JAKIM cukup dikenali di luar negara. Malah, di negara-negara yang majoritinya bukan umat Islam, mereka yakin bahawa produk yang disahkan status halalnya oleh JAKIM membawa maksud bersih dan sihat (good hygiene). Untuk rekod, industri halal mencecah RM16 bilion nilai produk dan perkhidmatan dalam masa enam bulan pertama pada tahun 2013.
Selanjutnya boleh dibaca ... DI SINI

Bagi membuktikan cokelat Cadburry adalah halal untuk dimakan, beberapa rakan blogger dan aktivis serta NGO telah mengadakan program memakan Cadburry beramai-ramai;


 
Apa sebenarnya yang belaku di sebalik kontroversi ini?

Presiden Ikatan Aktivis Siber Malaysia bersama wartawan Astro

“Mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas coklat Cadbury diketahui pada bulan Februari tetapi diumumkan pada bulan Mei. Bagaimana jika coklat itu benar-benar tercemar dan bayangkan jumlah yang telah dimakan oleh umat Islam?  - Presiden Ikatan Aktivis Siber Malaysia, Md. Faizal Ahmad
“Kami yakin dan percaya dengan keputusan status halal Jakim dalam isu coklat Cadbury ini dan mereka tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan umat Islam,” kata Md. Faizal.

Selepas sidang akhbar itu, Md Faizal bersama-sama blogger yang lain menjalankan demo memakan coklat Cadbury. Demo berkenaan bagaimanapun tidak disertai pegawai Jakim berkenaan.
Malahan pegawai Jakim yang hadir tidak menyertai bersama-sama demo blogger memakan coklat Cadburry pula dijadikan isu;

Astro Awani membuat tajuk berita songsang bahawa Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim, Muhammad Naim Mohd. Aziz yang hadir memberi penerangan mengenai isu berkaitan kontroversi coklat Cadbury (kanan) enggan turut serta dalam sesi “Makan Cadbury Bersama Aktivis Media Sosial dan Pengguna Islam.”
Sebenarnya, pihak Jakim hanya dijemput memberi penerangan dalam majlis awalnya iaitu “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif.”
Tiada dalam agenda program pembabitan Jakim dalam sidang media mahu pun majlis makan Cadbury secara terbuka. JAKIM hanya dijemput beri penerangan kepada aktivis media siber dan ini telah dipersetujui bersama antara pengajur dan dan Jakim sejak awal lagi. Seterusnya baca ... DI SINI
 AGENDA SIAPA?

Di dalam laporan portal MyKmu, ditulis seperti berikut;

Isu DNA babi dalam coklat Cadbury sebenarnya merupakan isu politik peribadi pihak yang cukup tidak bertanggungjawab. Kerakusan mereka yang mahu menjatuhkan Cadbury di mana syarikat besar milik bumiputera mempunyai pegangan saham yang agak besar sememang satu perkara yang amat keji.
Sekiranya kita kaji dengan teliti, segala isu DNA babi dalam Cadbury ini sememangnya menjurus kepada dua isu utama iaitu menghancurkan syarikat Melayu dan juga mencemarkan kredibiliti JAKIM yang sentiasa memantau halal haram industri makanan negara kita.



Brunei yang baru menguatkuasakan undang-undang hudud telah mengesahkan status Cadbury sama dengan JAKIM bahawa tidak ada DNA babi. Kenyataan ini telah turut mengembalikan kewibawaan JAKIM dalam menguruskan hal ehwal halal haram industri makanan negara.

Namun ini pula jaminan JAKIM;
“Sama seperti anda, saya juga orang Islam, malah pegawai saya juga beragama Islam dan kami ada keluarga yang juga pengguna Islam… takkanlah kami tergamak melihat dan membiarkan keluarga kami dan orang Islam lain untuk memakan produk yang kandungannya mempunyai unsur babi.” - 
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha
 Fahamlah kita sekarang kronologi kontroversi ini dan dalang di sebaliknya.

Walaubagaimanapun, dengan adanya kontroversi ini, rakyat Malaysia terutamanya Muslimin, akan lebih berhati-hati serta lebih peka ke atas setiap makanan yang kita beli di rak-rak kedai.

Ini juga beri kita peluang dan pengetahun mengenali dengan lebih dekat apa itu JAKIM dan yakini peranannya. Sekiranya JAKIM diterima baik di negara-negara Islam serta antarabangsa, mengapa kita sendiri yang mencurigainya?


JANGAN MUDAH PERCAYA SEBARAN SMS

Seringkali kita menerima teks SMS atau melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram dari rakan, kenalan ataupun saudara mara yang disalin dari entah mana puncanya. Baru-baru ini, teks tersebut telah tersebar luas;

Attention !
VAN PUTIH PLATE THAILAND sedang berkeliaran di kawasan Selangor , selalu nye mereka akan menculik kanak² untuk dijadikan mangsa organ .
kami dari polis diraja malaysia ....akan membuat operasi besar-besaran dikawasan selangor terumanya di daerah sabak bernam...tolong sebar kn secepat yg mungkin...

Kita bernasib baik apabila pihak PDRM telah membuat kenyataan berikut;



Walaubagaimanapun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga. Mungkin sebaran sms tidak betul dan bukan dari pihak polis. Namun modus operandi sindiket jual budak ke luar negara mungkin wujud. Oleh itu bagi menjaga hubungan diplomasi 2 negara, kita berhati-hati saja dan berwaspada.

Satu lagi pesanan yang sedang tersebar luas di terima;



PENAFIAN BERHUBUNG JENAMA 'KNORR'

Merujuk kepada sebaran gambar "pork bruth cubes" jenama KNORR yang diterima melalui media-media sosial, JAKIM ingin menegaskan bahawa produk berkenaan adalah produk yang dikilangkan di luar negara dan tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM atau mana-mana Badan Islam di luar negara. 

Kilang Unilever of Malaysia mendapat persijilan halal Malaysia yang hanya mengeluarkan produk halal sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung samada terus kepada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (03-22462188 atau JAKIM 03-88925847/5848) berhubung isu di atas.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
Bahagian Hub Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
20 Syaaban 1435/18 Jun 2014
 Oleh itu, sebelum menerima bulat-bulat sebaran SMS, jadikanlah amalan merujuk kepada pihak atau agensi yang bertanggungjawab.